Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ulang tahun ke-55 RSAF

21 pesawat RSAF dikerah rai NDP 2023

Penduduk Singapura yang akan meraikan Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 sama ada di Padang atau di kawasan kejiranan, bakal menyaksikan pelbagai persembahan udara menarik sempena sambutan ulang tahun ke-55 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). BERITA HARIAN berkongsi laluan terbang pesawat dan helikopter bagi mereka yang mahu menyaksikannya.
Jul 17, 2023 | 04:16 PM



Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 akan melibatkan jumlah pesawat terbesar sejak 2018, dengan sebanyak 21 pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan dikerahkan untuk menyambut ulang tahun ke-55 RSAF (RSAF55).

Sekitar 27,000 penonton di Padang akan menyaksikan acara tradisi seperti terbang lalu bendera negara yang dibawa helikopter CH-47SD Chinook dan dua helikopter penyerang Apache AH-64D.

Daripada 21 pesawat tersebut, RSAF akan menampilkan pesawat terbesarnya buat kali pertama, Pengangkutan Kereta Kebal Pelbagai Peranan (MRTT) A330, yang akan melalui Padang sambil diiringi empat pesawat pejuang F-16D+.

Juruterbang F-16D+, Mejar Melcolm Huang, 35 tahun, yang telah banyak mengorbankan masa keluarganya pada hujung minggu untuk bersiap sedia buat NDP, berkata:

“Salah satu laluan penerbangan adalah dekat dengan rumah saya di Pasir Ris, jadi isteri dan anak saya akan berada di balkoni menunggu saya untuk terbang lalu.

“Suatu hari nanti, saya harap dapat menunjukkan gambar pesawat saya kepada anak saya dan memberinya inspirasi.”




File



Dua helikopter terbaru RSAF, helikopter CH-47F dan helikopter ‘Medium Lift’ H225M, akan juga membuat penampilan pertama di NDP 2023.

Satu helikopter CH-47F, diiringi sepasang helikopter H225M akan melalui Padang dengan helikopter akan terbang dalam bentuk ‘V’.

Juruterbang H225M, Mejar (NS) Yeong Zhen Jie, merupakan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) pertama mengemudi helikopter itu.

Sejak meninggalkan RSAF pada 2018, beliau menghabiskan beberapa minggu setiap tahun secara sukarela di pangkalan udara untuk mengikuti latihan juruterbang.

Mejar Yeong, 39 tahun, berkata: “Saya menolong secara sukarela kerana saya rasa adalah wajar untuk menyumbang kembali... Walaupun tertekan, ia adalah satu penghormatan.

“Sememangnya, terdapat beberapa pengorbanan peribadi. Saya terpaksa mengimbangkan masa kerja dan keluarga kerana latihannya bukan senang.”

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang melawat Pangkalan Udara Sembawang pada 5 Julai untuk menyaksikan persiapan mengibarkan bendera negara, telah mengucapkan terima kasih kepada anggota RSAF atas kerja keras mereka.

Sekurang-kurangnya 300 anggota RSAF akan membantu memasang bendera negara pada helikopter yang akan melalui kawasan kejiranan.

Encik Wong berkata dalam satu catatan di Facebook: “Pengibaran bendera negara adalah komponen ikonik NDP setiap tahun... Nampak mudah, tetapi ia memerlukan banyak kemahiran, usaha dan kerja keras untuk mempersiapkannya.

“Terima kasih kepada semua atas komitmen anda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >