Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP 2023: Segmen baru ditampil, didik warga tentang Pertahanan Mutlak

Jun 17, 2023 | 07:19 PM



Enam pelampung besar berwarna-warni istimewa dan penghormatan kepada negara akan menjadi tumpuan dalam segmen baru pertunjukan pertahanan Mutlak dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Menurut pengendali NDP, setiap pelampung besar yang berbentuk barangan harian, mewakili tiang enam tunggak Pertahanan Mutlak. Ini termasuk barangan seperti payung untuk melambangkan pertahanan sosial dan jaring penutup makanan untuk mewakili pertahanan digital.

Dalam satu sidang media pada Sabtu pagi, Encik Huang Junxiang, pengarah kreatif untuk Perarakan Pertahanan Menyeluruh, berkata idea untuk pelampung ini berputik ketika beliau mencari cara mudah untuk menerangkan idea Pertahanan Mutlak kepada orang ramai merentas generasi yang berbeza.

“Semua orang mempunyai peranan penting untuk Pertahanan Mutlak di sini.

“Tetapi bagaimana cara yang terbaik untuk menerangkan tentang Pertahanan Mutlak kepada generasi yang berbeza?

“Enam barangan yang berbeza ini adalah sesuatu yang kami sering melihat setiap hari, jadi dengan menggunakan barangan ini, pelbagai generasi dapat memahami dan mengaitkan pemahaman mereka tentang penggunaan objek itu dan Pertahanan Mutlak,” jelas Encik Huang.

Walaupun terdapat aspek baru dalam segmen ini, Perarakan Pertahanan Mutlak akan turut mempamerkan aset lain seperti biasa.

Ini termasuk aset daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam pandu lalu di sepanjang St Andrew Road.

Ia difahamkan bahawa seramai 650 peserta akan terlibat dalam Pertunjukkan Pertahanan Mutlak.

Peserta-peserta ini akan terlibat dalam pelbagai komponen lain termasuk mengibar bendera Pertahanan Mutlak yang sebesar 30 kali 30 meter dan penghormatan yang akan diberikan kepada semua yang telah menyumbang kepada Pertahanan Mutlak sepanjang lima dekad yang lalu.

Seluruh segmen ini akan ditampilkan oleh dua filem yang mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mencipta idea menggunakan enam objek harian yang berbeza untuk menerangkan setiap tunggak Pertahanan Mutlak kepada keluarganya.

Selain itu, orang ramai boleh menantikan dua kenderaan baru semasa pandu lalu NDP tahun ini.

Antaranya adalah Kenderaan Serangan Taktikal (TSV) yang dibangunkan oleh polis dan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) untuk Pasukan Operasi Khas (SOC) serta Kenderaan Generasi ke-6 Light Fire Attack (LF6G) SCDF, kenderaan pertama seumpamanya yang mempunyai robot yang boleh membantu dalam usaha memadamkan api.

Berbanding kepada NDP 2022, pertunjukan tahun ini akan menampilkan sekali lagi kontinjen perarakan fizikal berskala penuh untuk segmen perbarisan tradisional, kata Kolonel (Kol) Lim Yu Sing, pengerusi perbarisan dan upacara.

NDP 2023, melibatkan lebih 1,700 peserta dari 34 perarakan kontinjen – termasuk 24 kontinjen daripada kumpulan belia, sosial dan ekonomi seperti agensi air negara PUB dan pengendali platform khidmat kereta sewa privet seperti Grab.

Buat julung-julung kali, cabang keempat SAF, Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), juga akan menyertai perbarisan sebagai anggota kontinjen Kawalan Kehormatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >