Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

22 tempat tambahan solat Hari Raya di kolong blok, dewan serba guna HDB

Apr 19, 2023 | 09:50 PM



SEBANYAK 22 tempat tambahan bagi menampung 10,000 lagi ruang solat akan disediakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk masyarakat Islam menunaikan solat Aidilfitri.



Muis dalam maklumat yang disiarkan di laman web rasminya, mengumumkan lokasi tempat tambahan itu di serata Singapura, kebanyakannya di kolong blok atau dewan serba guna di estet perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Ada juga lokasi solat Hari Raya yang diadakan di ruang seperti gelanggang bola keranjang di Yishun Ring Road dan di Pavilion Sukan Woodlands.



Hanya satu sesi solat Aidilfitri akan diadakan di tempat-tempat tambahan sedemikian, iaitu pada 8.15 pagi.



Tempat tambahan itu adalah di samping 230,000 ruang yang disediakan di 68 masjid serata negara.



Berikut lokasi 22 tempat tambahan itu:



Di kawasan timur:



  • Blok 112 Bedok North Road

  • Blok 101 Pasir Ris Street 12

  • Blok 757B Pasir Ris Street 71

  • Blok 352 & 353 Tampines Street 33

  • Blok 450 Tampines Street 42 

  • Blok 611 Tampines North Drive 1

  • Blok 827A Tampines Street 81, Tingkat 2

  • Blok 847 Tampines Street 83

  • Blok 15A Marine Terrace 

  • Blok 60 Marine Drive

  • Blok 42A Circuit Road

Di kawasan utara:



  • Blok 172 Woodlands Street 13 Link House

  • Blok 524A Woodlands Drive 14 Link House

  • Blok 732 Woodlands Circle Link House 

  • Blok 770 Woodlands Drive 60

  • Gelanggang Bola Keranjang Yishun River Green, berdekatan Blok 327 Yishun Ring Road

  • Blok 607 Yishun Street 61

  • Woodlands Sports Pavilion (di belakang Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy), 1 Woodlands Drive 63

Di kawasan barat:



  • Blok 563 & 568 Choa Chu Kang Street 52 

  • Blok 660A Choa Chu Kang Crescent 

  • Blok 432 Jurong West Street 42

  • Blok 404 Pandan Gardens 

 



Laporan lanjut:



https://www.beritaharian.sg/setempat/solat-aidilfitri-di-20-tempat-tambahan-diusahakan-selain-di-68-masjid



https://www.beritaharian.sg/setempat/tempahan-slot-solat-aidilfitri-di-5-masjid-kerana-permintaan-tinggi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >