Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

28 jenama automotif akan dipamer dalam acara kereta terbesar Cars@Expo

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 28 jenama automotif bakal dipamerkan dalam acara pameran kereta terbesar dengan beberapa model kereta baru termasuk kereta berkuasa elektrik yang menonjolkan teknologi hijau dan inovasi baru.



Pengunjung akan dapat melihat model-model hibrid terbaru, termasuk kenderaan elektrik (EV), kenderaan pacuan empat roda berbilang guna (SUV) hibrid serta kereta-kereta mewah.



Pameran kereta Cars@Expo anjuran SPH Media ini akan berlangsung pada 15 dan 16 April 2023 di Singapore Expo, Dewan 3B & 4, dari jam 10 pagi hingga 8 malam.



Ketua Penjualan di SPH Media, Encik Christopher Chan menambah:



"Menyusuli pameran yang amat berjaya pada tahun lalu, Cars@Expo kini kembali dengan tawaran menarik bagi memenuhi keperluan pembeli kereta yang berbeza-beza."



Pengarah komersial pengedar Hyundai, Komoco Motors, Encik Ng Choon Wee berkata:



"Kami percaya Cars@Expo bakal menjadi wadah untuk kami perluaskan pendedahan kami kepada pencinta kereta tentang model-model hibrid terbaru kami, sama ada EV, SUV Hibrid atau kereta mewah."



Di Dewan 4, pengunjung akan dapat melihat kereta baru dari jenama-jenama terkenal seperti Alfa Romeo, Audi, BMW, BYD, Honda, Hyundai, Jeep, Lexus, Mazda, MG, Peugeot, Polestar, Skoda, Suzuki, Toyota, Volkswagen, dan Volvo.



Manakala di Dewan 3B, pameran ini juga mempamerkan kereta-kereta terpakai dari Cosmo Automobiles, Dynamic Motoring, Motor-East, Performance Premium Selection, Sime Darby Auto Selection, SG Car Choice, Supreme Cars, dan SWheels Auto.



Aksesori kereta juga akan dijual oleh Autobacs, Hyper Tyre, Mobot, Motherswork, Sgcarmart, Spark, SPC, Stamford Tyres, dan Universal.



Pelbagai tawaran menarik ditawarkan di Cars@Expo 2023, termasuk hadiah dengan pembelian kereta, peluang memenangi baucar tunai SPC bernilai hingga $500, dan baucar servis kereta SPC SpeedyCare bernilai $115 untuk 100 pembeli pertama kereta terpakai.



Selain itu, untuk 1,000 pengunjung pertama setiap hari, mereka berpeluang menerima barangan percuma dan payung terbaik Cars@Expo berwarna hitam, biru, merah, atau oren.



Acara ini juga menawarkan sesi penerangan tentang kenderaan elektrik menerusi School of EV untuk meningkatkan pengetahuan pengunjung.



Temui juga deejay-deejay radio kegemaran anda dengan siaran langsung oleh Kiss92 dan UFM100.3 di waktu-waktu tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >