Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2.8 juta warga Singapura akan terima surat mulai 2 Oktober mengenai Bonus SG

Sep 28, 2018 | 04:19 PM



WARGA Singapura dewasa yang layak menerima Bonus SG sehingga $300 akan diberitahu tentang jumlah yang akan mereka terima menerusi surat mulai Selasa depan (2 Oktober).



Pemerintah akan membayar $700 juta kepada 2.8 juta warga Singapura yang layak menjelang Disember, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini (28 September).



Warga boleh menggunakan SingPass mereka untuk melihat manfaat Bonus SG mereka dalam talian di laman Bonus SG, yang boleh dilungsuri mulai Selasa depan.



Mereka yang telah mendaftar nombor telefon mereka dengan SingPass juga akan menerima notifikasi SMS, kata kenyataan itu.



Bonus SG itu diberi sebagai langkah pemerintah mengongsi lebihan Belanjawan Negara dengan rakyat Singapura bagi tahun kewangan (FY) 2017. 



Singapura menikmati lebihan belanjawan ‘luar biasa’ sebanyak $9.6 bilion atau 2.1 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), lebih tinggi daripada $1.9 bilion atau 0.4 peratus GDP yang diramalkan setahun lalu.



Habuan tunai itu akan diberikan kepada warga yang berusia 21 tahun dan ke atas pada 31 Disember, bergantung kepada pendapatan.



​​Sebanyak $300 akan diberi ​kepada individu yang mempunyai pendapatan ​​​​boleh taksir sehingga $28,000 pada 2017, ​​manakala $200 akan diberikan bagi individu yang mempunyai pendapatan sebanyak $28,001 hingga $100,000.



​​Habuan $100 diberi kepada individu yang mempunyai pendapatan melebihi $100,000.



​​Individu yang memiliki lebih dari sebuah hartanah juga layak menerima Bonus SG sebanyak $100.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >