Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

28 mangsa rugi sekitar $114,000 dek pancing data berkaitan bank

Jun 05, 2022 | 04:44 PM



Sehingga bulan lalu, sekurang-kurangnya 28 mangsa termakan dengan skim penipuan pancingan data atau phishing berkaitan dengan bank yang menyebabkan mangsa kerugian sekurang-kurangnya $114,000, menurut polis pada Ahad (5 Jun). 



Polis mendapati trend pancingan data berkaitan bank semakin meningkat apabila mangsa terperangkap apabila penipu menyamar sebagai pegawai bank dan cuba menipu mangsa melalui panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).



Dalam satu kes, mangsa akan menerima panggilan telefon dari seseorang yang menyamar sebagai kakitangan bank.



Pemanggil itu kemudian akan meminta maklumat peribadi mangsa seperti nama digunakan dalam perbankan bank dan kata laluan dengan alasan bank perlu mengesahkan urus niaga dijalankan menggunakan akaun mangsa atau mangsa sedang disiasat kerana memindahkan sejumlah wang yang besar ke bank lain.



Selepas mangsa memberikan maklumat peribadi, mereka akan menerima kata laluan sekali saja atau OTP dalam telefon bimbit mereka dan pemanggil kemudian akan meminta mangsa memberikan OTP itu.



Polis mengingatkan orang ramai antara lain, sentiasa sahkan kesahihan tuntutan masalah dengan akaun bank anda atau kad yang dikeluarkan oleh bank dengan laman web atau sumber bank rasmi. 



Selain itu, jangan sekali-kali mendedahkan butiran peribadi atau perbankan Internet anda dan OTP kepada sesiapa. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >