Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

29 tahanan tamat program khidmat niaga NITEC

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 29 tahanan diiktiraf atas kejayaan mereka menamatkan program Nitec dalam bidang Perkhidmatan Perniagaan, dalam satu majlis tamat pengajian semalam.



Program yang mula diperkenalkan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan pertubuhan Reben Kuning Singapura (YRSG) dengan kerjasama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun lalu, menawarkan banduan ini peluang untuk melanjutkan pelajaran semasa menjalani pemulihan mereka.



Menerusi program ini, para banduan juga diberi peluang mengikuti kuliah serta kelas di penjara bagi meningkatkan kemahiran mereka sekali gus menyediakan mereka peluang kerjaya yang lebih baik selepas mereka dibebaskan.



Semasa berucap di majlis tersebut, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim menegaskan kepentingan mendapatkan pekerjaan untuk banduan ini agar dapat mengurangkan kadar residivisme di Singapura atau kembalinya seseorang melakukan jenayah semula selepas mereka dibebaskan.



"Selama beberapa tahun yang lalu, SPS dan YRSG telah menumpukan usaha mereka untuk meningkatkan kemahiran banduan semasa mereka berada di dalam penjara.



"Melalui usaha sebegini, kami berharap dapat membantu banduan kami meningkatkan prospek pekerjaan mereka dan memulakan kehidupan baru mereka memandang ke hadapan nanti.



"Dan program Nitec dalam Perkhidmatan Perniagaan ini merupakan sebahagian daripada usaha ini," kata Dr Faishal.



Para banduan yang ingin mengikuti program selama setahun ini perlu menepati kriteria akademik dengan kelulusan minimum dua gred bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dan tiga kelulusan peperiksaan GCE Peringkat 'N'.



Bagi mereka yang tidak dapat memenuhi syarat ini tetapi masih berminat untuk mengikuti kursus, ITE akan menjalankan Ujian Kemasukan untuk menilai kesesuaian mereka, menurut Pegawai Kakitangan (Pengurusan Pemulihan), Bahagian Pemulihan dan Integrasi Semula, SPS, Penolong Superintenden (ASP) Jason Tang.



Ini memberi peluang kepada banduan yang tidak mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya semasa mereka masih muda, peluang kedua untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka.



Banduan yang menyertai program ini perlu mengikuti kelas dan latihan selama 660 jam, dengan kelas dan latihan ini diadakan tiga kali seminggu.



Jika keadaan tidak mengizinkan untuk mengadakan pelajaran secara fizikal, misalnya semasa pandemik Covid-19, pensyarah dari ITE akan mengendalikannya secara maya.



Banduan perlu mengikuti enam modul termasuk Komunikasi Perniagaan, Pengenalan terhadap Analitis Data dan Keselamatan Siber, Pemasaran Media Sosial, Khidmat Pelanggan, Perancangan dan Pentadbiran Acara serta Teknik Penjualan dan Penglibatan.



Modul-modul ini memberikan mereka kemahiran yang relevan selepas tamat pengajian ini, menurut SPS lagi.



Mereka juga boleh menggunakan pensijilan yang baru mereka perolehi untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang seperti pentadbiran, perkhidmatan pelanggan atau telejualan.



Mengulas lanjut, Dr Faishal berkata: "Menyelesaikan program selama setahun ini bukanlah satu perkara yang mudah, dan untuk melakukannya semasa di penjara merupakan satu pencapaian.



"Tahniah sekali lagi kepada semua graduan, ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga anda meneruskan perjalanan anda, dan boleh mengharapkan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan."





"Selama beberapa tahun yang lalu, SPS dan YRSG telah menumpukan usaha mereka untuk meningkatkan kemahiran banduan semasa mereka berada di dalam penjara. Melalui usaha sebegini, kami berharap dapat membantu banduan kami meningkatkan prospek pekerjaan mereka dan memulakan kehidupan baru mereka memandang ke hadapan nanti. Dan program Nitec dalam Perkhidmatan Perniagaan ini merupakan sebahagian daripada usaha ini."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >