Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 buku kanak-kanak dibimbangi cetus salah faham

Jan 31, 2018 | 05:30 AM



BEBERAPA buku kanak-kanak yang dijual di sini telah mencetus keprihatinan ibu bapa dan asatizah baru-baru ini.



Mereka berkata kandungan buku tersebut boleh disalah faham pembaca muda dan mendorong mereka ke arah pengganasan dan fahaman pelampau, menurut laporan The Straits Times.



Buku berbahasa Inggeris itu berasal dari Arab Saudi dan mungkin kurang sesuai sebagai bahan bacaan di negara berbilang bangsa dan agama di Singapura, kata mereka.



Antaranya ialah buku berjudul Men In Captivity (Lelaki Dalam Tahanan), yang mengisahkan kanak-kanak berusia 13 tahun yang mendesak ibunya agar membenarkan dia berjihad atau berperang dengan penganut Kristian.



Buku tersebut mengandungi beberapa perenggan yang mencetus keprihatinan, termasuk tukilan hujah kanak-kanak itu yang bermaksud:



"Guru memberitahu bahawa kami boleh menyertai askar Muslim dalam berjihad... Usah lupa ibu bahawa kami telah berlatih lebih setahun, untuk menggunakan pedang dan menunggang kuda".



Asatizah pula menyuarakan keprihatinan berkenaan kandungan dalam buku lain seperti The First Human Murder (Pembunuhan Manusia Pertama), yang mengisahkan secara terperinci perbuatan Qabil membunuh Habil daripada Kitab Zabur. Kisah itu juga diceritakan dalam Al-Quran.



Satu lagi buku ialah In Quest Of Truth (Mencari Kebenaran), yang mengandungi frasa yang boleh difahamkan sebagai meremehkan agama lain.



Buku demikian boleh dibeli pada harga beberapa dolar sahaja setiap satu dari satu kedai buku dalam pusat beli-belah Goldren Landmark, Victoria Street.



Cik Nurshida Hussin, ibu dua anak berusia enam dan 10 tahun, berkata buku tersebut tidak seharusnya dijual di Singapura untuk melindungi kanak-kanak yang 'mudah terpengaruh'.



Ketua Eksekutif Forum Belia Muslim (MYF), Ustaz Zahid Zin, pun akur buku sebegitu tidak seharusnya dijual kerana 'amat berbahaya' dan boleh menyebarkan fahaman salah berkenaan Islam, bukan sahaja kepada Muslim malah bukan Muslim.



"Kanak-kanak merujuk cerita silam kepada keadaan masa ini. Justeru, apabila kita bercakap tentang jihad, mereka mungkin tidak mengaitkannya dengan peperangan yang berlaku semasa hayat nabi-nabi, tetapi kepada keadaan masa ini, sesuatu yang tidak sesuai dalam sekitaran sekarang," kata Ustaz Zahid.



Di Singapura, kawalan ke atas industri penerbitan dilakukan oleh pengimport dan penjual.



Mereka memastikan sendiri bahawa penerbitan yang diedarkan bukan bahan terlarang, lucah atau tidak menyenangkan di bawah Akta Penerbitan Tidak Sesuai atau yang melanggar Garis Panduan Kandungan bagi Penerbitan Diimport.



Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) hanya akan campur tangan selepas menerima maklum balas awam.



Menjawab soalan The Straits Times, IMDA berkata mereka akan menilai buku yang dipersoal itu walaupun tidak menerima sebarang maklum balas tentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >