Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 diiktiraf anugerah tertinggi dalam usaha negara perangi Covid-19

Keseluruhannya, lebih 100,000 termasuk Mufti diiktiraf; lambang usaha yang dimainkan seluruh negara: Gan
Dec 30, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 100,000 individu akan menerima anugerah kebangsaan yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan mereka dalam perjuangan negara melawan pandemik Covid-19.



Anugerah tertinggi bagi Anugerah Kebangsaan (Covid-19), iaitu Pingat Jasa Gemilang (Covid-19) diberikan kepada Pengarah Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan, Profesor Madya Kenneth Mak atas peranannya sebagai penasihat Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam melakarkan strategi untuk menangani Covid-19.



Dua lagi penerima anugerah tertinggi itu ialah Pengerusi Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri (HCEG) dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Encik Pang Kin Keong; dan Ketua bagi Pasukan Bertindak Kemudahan Penjagaan Masyarakat, Temasek, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PSA International, Encik Tan Chong Meng.



Antara penerima lain ialah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir yang diiktiraf dengan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) (Covid-19).



Mereka antara kira-kira 9,500 individu yang diiktiraf dengan Anugerah Kebangsaan (Covid-19).



Ini merangkumi dalam 4,000 individu daripada sektor penjagaan kesihatan awam, 4,500 dari sektor awam dan sekitar 900 dari sektor privet dan rakyat.



Pada Rapat Hari Kebangsaan tahun ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata mereka yang telah menyumbang kepada perjuangan pandemik Covid-19 bakal diiktiraf.



Encik Lee melahirkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada semua yang bakal menerima anugerah tersebut.



"Kita telah melawan Covid-19 selama tiga tahun. Pekerja penjagaan kesihatan bekerja tanpa jemu untuk menjaga pesakit mereka; pegawai awam bekerja sepanjang masa demi mengurangkan gangguan kepada kehidupan harian kita; perniagaan bekerjasama dengan kesatuan untuk mengutamakan pekerja; dan kumpulan masyarakat memberikan penjagaan khas bagi golongan kita yang mudah terjejas.



"Apabila pintu di serata dunia tertutup, rakyat kita memastikan hati kita kekal terbuka untuk saling membantu satu sama lain, kekal lebih kukuh bersama," ujar Encik Lee, dalam posnya di Facebook semalam.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, Encik Gan Kim Yong, berkata semalam bahawa kepelbagaian dan keluasan anugerah ini mencerminkan usaha seluruh negara dalam perjuangan menentang Covid-19.



Beliau juga melahirkan harapan agar anugerah yang diberikan boleh mengesahkan sumbangan dan pengorbanan golongan ini yang digelarnya sebagai "pahlawan".



"Penerima ini datang daripada sektor berbeza, segmen berlainan dalam masyarakat.



"Mereka termasuk pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan, sektor kesihatan awam, sektor perkhidmatan awam, sektor privet, serta sektor rakyat yang akan merangkumi pertubuhan bukan pemerintah, pertubuhan relawan serta pertubuhan masyarakat," kata Encik Gan.



Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, setelah membuat kunjungan ke pameran seni Project Lionheart yang meraikan dan mengetengahkan kisah individu yang memaparkan semangat sewaktu pandemik.



"Saya bangga dengan semangat Singapura ini, semangat daya tahan, semangat perpaduan dan sokongan serta bantuan terhadap satu sama lain," ujarnya.



Kira-kira 99,000 individu dan 800 pasukan akan menerima Pingat Daya Tahan Covid-19 dan Sijil Daya Tahan Covid-19, iaitu anugerah kebangsaan baru untuk mengiktiraf sumbangan penting mereka yang telah melibatkan diri secara langsung dalam perjuangan menentang Covid- 19.



Penerima anugerah tersebut bakal diumumkan kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >