Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 ditangkap dek tipu 7 mangsa kereta sewa dan khidmat seksual

Sep 23, 2019 | 06:42 PM



 



 



TIGA suspek telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam siri penipuan kereta sewa dan khidmat seksual, menurut kenyataan polis hari ini (23 September).



Pada 30 Mei, seorang lelaki melaporkan kepada polis bahawa beliau menjadi mangsa penipuan khidmat seksual. Mangsa melaporkan telah menjawab iklan dalam talian yang menawarkan khidmat seksual dan membayar $200 melalui pemindahan bank.



Menurut The Straits Times, mangsa hanya sedar telah ditipu apabila tidak dapat menghubungi pihak yang menyiarkan iklan tersebut setelah membuat pembayaran.



Manakala itu, pada 27 Ogos, polis menerima beberapa laporan daripada beberapa mangsa penipuan sewa kereta. Mangsa berkata mereka menjawab iklan dalam talian di Carousell untuk menyewa kereta dan membayar wang pendahuluan antara $200 dan $400 menerusi pemindahan bank, tetapi setelah membuat pembayaran pihak yang menyiarkan iklan itu tidak dapat menghubungi



Polis berkata pegawai daripada Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti tertuduh, berusia antara 18 dan 23 tahun dan memberkas mereka. Sekurang-kurangnya tujuh mangsa terlibat.



Tertuduh yang berusia 18 tahun dipercayai dalang penipuan ini, telah menggunakan akaun bank dua lagi suspek, berusia 19 dan 23, untuk menerima wang daripada mangsa.



Untuk mendapatkan nasihat berkenan dengan penipuan, orang ramai boleh menguhubungi talian anti-penipuan di 1800-722-6688 atau lawati lelaman www.scamalert.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >