Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 kereta ditimpa pokok di Kg Glam

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS menikmati sarapan pagi bersama isterinya di Kampong Glam pada pagi Rabu, Encik Abdul Hamed terkejut apabila mendapati keretanya yang diletakkan di Sultan Gate ditimpa pokok yang tumbang.



"Sebelum ini, saya tidak pernah meletakkan kereta di kawasan ini kerana ia sentiasa penuh," kata pengurus kru dan pengawal depoh berusia 56 tahun itu.



"Tetapi ia kosong hari ini, jadi saya mengambil peluang dan ini pula yang berlaku."



Cermin depan dan lampu signal kiri kereta Tivoli coklat miliknya itu rosak akibat pokok besar yang turut menimpa dua kereta lain.



Tiada kecederaan dilaporkan daripada kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu.



"Sekarang, saya terpaksa mengambil cuti untuk membawa kereta ke (bengkel untuk) pembaikan. Tetapi saya juga bersyukur kerana kereta saya tidak dihempap teruk seperti kereta di antara kereta saya dan kereta terakhir," kata Encik Abdul Hamed.



Saksi kejadian itu, Encik Sonny Wee, yang menjual gendang tangan di kedai Clay Journey Gallery and Studio selama kira-kira 15 tahun, menyifatkan kejadian itu kedengaran seperti "bangunan runtuh".



"Saya pernah melihat dahan patah di sekitar kawasan itu, tetapi ini kali pertama saya menyaksikan batang pokok tumbang," kata lelaki berusia 71 tahun itu.



"Saya menganggap diri saya agak bertuah. Jika pokok itu tumbang mengiring, ia mungkin menghempap kedai saya dan saya juga," tambahnya.



Seorang lagi saksi, Encik Hassan Mohd Amin, berkata beberapa kanak-kanak kecil sedang bermain berhampiran pokok itu sebelum ia tumbang.



"Saya tiba-tiba terdengar seseorang menjerit dan kanak-kanak mula berlari merata," kata lelaki berusia 59 tahun tersebut, yang pada ketika itu berada di dalam kereta yang tidak bergerak dan sedang menunggu tempat untuk meletak keretanya.



"Mereka mungkin menyedari pokok itu bergerak... Saya kemudian terdengar bunyi retak yang kuat dan tiba-tiba kelihatan pokok di atas tiga kereta yang berada di sebelahnya. Syukurlah hanya kereta yang rosak dan tiada sesiapa yang cedera," katanya kepada akhbar The Straits Times, yang juga telah menghubungi Lembaga Taman Negara (NParks) untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >