Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 lelaki didakwa atas komplot tipu NUS

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



TIGA lelaki akan berdepan beberapa tuduhan terhadap konspirasi yang didakwa bertujuan menipu Universiti Nasional Singapura (NUS).



Liaw Jinle, 33 tahun, pada ketika itu seorang pegawai eksekutif makmal di universiti berkenaan, dikatakan telah membuat perjanjian untuk mengongsi hasil untung daripada kontrak kerja dengan syarikat yang dikendalikan Gan Yee Aun, 34 tahun, dan Sandy Tan Wei Jie, 33 tahun.



Ketiga-tiga lelaki itu tiba di mahkamah daerah semalam ketika mereka dituduh atas kesalahan penipuan dan rasuah.



Liaw berdepan 11 tuduhan, Gan tujuh, dan Tan dengan empat tuduhan.



Ketika berlakunya kejadian penipuan yang didakwa, Liaw adalah pegawai eksekutif makmal bersama Pusat bagi Bahan Lanjutan 2D, sementara Gan adalah pengarah HOH Multitrade and Laco Management, dan pemilik Ian OTM Services dan GW Ways Enterprise.



Tan adalah pemilik WJK Tan Trading dan Infinity Dynamic Consultancy and Services.



Antara November 2017 dengan Februari tahun lalu, syarikat Gan didakwa diberikan 72 kontrak kerja untuk membekalkan barangan dan khidmat makmal kepada pusat itu yang bernilai sekitar $196,500, sebahagian daripadanya tidak dibekalkan sepenuhnya atau tidak langsung dibekalkan.



Serupa, Liaw dituduh membantu syarikat Tan memperolehi 40 kontrak kerja untuk membekalkan barangan dan khidmat makmal yang berjumlah kira-kira $136,700 pada Mac 2019 hingga Disember 2019. Hanya sebahagian daripada barangan dan khidmat itu dibekalkan.



Kededua Gan dan Tan dikatakan telah memberi Liaw sebut harga, atau 'quotation', palsu yang menyebabkan Liaw salah memberi kontrak kerja kepada syarikat tersebut.



NUS telah membayar syarikat itu bagi kontrak kerja yang diberikan. Liaw, yang tidak lagi bertugas di NUS, dikatakan menyembunyikan kepentingannya dalam transaksi ini daripada universiti itu.



Ketiga-tiga mereka kini bebas dengan ikat jamin.



Tan dan Gan dijadual kembali di mahkamah pada 30 Julai dan Liaw pada 30 Ogos.



Pesalah yang didapati melakukan rasuah boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >