Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 strategi tunggak kehidupan lebih baik penduduk Kaki Bukit

Mar 20, 2023 | 05:30 AM



DEMI menghadapi cabaran-cabaran yang disebabkan oleh inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, Kaki Bukit bertujuan untuk membina sekitaran kehidupan yang lebih baik bagi penduduk melalui tiga teras strategi: pembangunan masyarakat, kesihatan dan kesejahteraan serta memajukan penduduknya, kata Penasihat Akar Umbi Encik Shamsul Kamar di sambutan ulang tahun ke-40 Kawasan Undi Kaki Bukit pada pagi Ahad.



"Teras strategi ini bertujuan menyokong para penduduk mengemudi isu-isu yang dihadapi sebagai satu negara hari ini.



"Ini termasuk membantu para penduduk yang memerlukan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat serta menyediakan sokongan pekerjaan dan nasihat kerjaya kepada para pekerja kita melalui Hab Pekerjaan Kaki Bukit kami," kata beliau sambil menambah bahawa Kaki Bukit juga akan menganjurkan Program Fiesta Kesihatan dan akan menyokong kempen inisiatif SG Lebih Sihat dengan cara yang lebih baik.



Encik Shamsul juga berkata Kaki Bukit bertujuan memenuhi keperluan pendidikan bagi para penduduk mereka yang lebih muda menerusi perkongsian dengan sekolah serta entiti privet.



Ini dilakukan melalui program-program seperti KidsExcel/ComLink untuk menyepadukan sokongan dan meningkatkan penglibatan dengan keluarga yang memerlukan.



Beliau menambah bahawa sejak beberapa tahun yang lalu ramai para penduduk mempunyai rasa yang mendalam terhadap estet itu dan mereka terus menetap di Kaki Bukit walaupun anak-anak mereka berpindah ke bandar-bandar baru seperti Punggol dan Sengkang.



"Sejak tujuh tahun lepas, ramai penduduk terutama warga emas memilih untuk terus tinggal di Kaki Bukit, tempat di mana mereka memulakan keluarga dan di mana anak-anak mereka membesar," kata beliau sambil menambah bahawa hari ini, ramai penduduk telah berumur dan demografi semasa menunjukkan kebanyakan penduduknya tinggal di rumah tiga bilik.



"Dengan demografi seperti ini, ia menunjukkan kepentingan untuk kita lebih bekerjasama berbanding sebelum ini, dalam menjaga para penduduk terutamanya warga emas," kata beliau yang turut melancarkan buku '40 Tahun di Kaki Bukit' pagi Ahad di Balai Rakyat Kaki Bukit.



Beliau menambah bahawa ini akan dilakukan melalui usaha kolektif dialog penglibatan dan perbincangan untuk mengukuhkan kepercayaan dalam kalangan para penduduk.



"Melalui usaha kolektif seperti dialog dan perbincangan untuk mengukuhkan teras ini dalam kalangan para penduduk, kami akan berusaha bersama-sama untuk menjadikan Kaki Bukit tempat terbaik untuk didiami, bagi para penduduk kami yang memutuskan untuk membina keluarga mereka di sini," kata beliau. - RABIATUL ADAWIYA BINHAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >