Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,000 flat BTO akan dibina di Ulu Pandan; dilancar Nov

Projek dilancar tampilkan juga kemudahan hijau, kurangi kesan ke atas sekitaran
Oct 14, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membina sebanyak 3,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bahagian timur Hutan Dover di Ulu Pandan dengan projek pertama daripada tiga bahagian akan dilancarkan pada November ini.



Projek pembinaan pertama terdiri daripada 1,330 unit flat tiga bilik dan empat bilik, yang dijangka mempunyai kemudahan hijau seperti taman atas bumbung, taman tumbuhan yang mengumpulkan air hujan serta laluan dan koridor hijau.



Pelancaran itu diumumkan selepas rancangan pembangunan di tapak tersebut disemak semula menyusuli maklum balas daripada kumpulan pencinta alam semula jadi dan orang ramai serta hasil kajian sekitaran.



Estet baru seperti Ulu Pandan direka secara peka untuk mengurangkan kesan terhadap sekitaran.



Estet seluas 33 hektar itu meliputi Commonwealth Avenue West, Ghim Moh Link, Longkang Besar Ulu Pandan dan Clementi Road, di tapak Hutan Dover.



Menurut Cik Lim Shu Ying, Pengarah, Jabatan Reka Bentuk Bandar 2, Kumpulan Penyelidikan & Perancangan, HDB, flat-flat ini adalah selaras dengan Pelan Mereka Bentuk untuk Kehidupan HDB.



"Selaras pelan hala tuju Mereka Bentuk untuk Kehidupan HDB, Ulu Pandan telah direka dengan pelbagai kemudahan kesihatan dan kesejahteraan, ditetapkan dalam persekitaran hidup yang hijau dan berkualiti," kata Cik Lim.



Ini termasuk membina flat yang lebih baik dalam menghadapi cabaran seperti populasi yang semakin menua, perubahan iklim dan gangguan teknologi.



HDB berkata ia juga bekerja rapat dengan agensi air negara PUB dan Lembaga Taman Negara (NParks) untuk mewujudkan koridor hijau, berukuran sehingga 40 meter lebar di beberapa kawasan, di sepanjang Ulu Pandan.



Ia akan berfungsi sebagai koridor ekologi untuk hidupan liar yang bergerak di sepanjang Sungei Ulu Pandan, seperti bangau kelabu dan penyu kulit lembut Asia - dua spesies yang dianggap terdedah dan terancam.



Longkang Besar Ulu Pandan juga akan dinaik taraf bagi meningkatkan perlindungan banjir. Sebagai kawasan pertama HDB yang kurang penggunaan kereta atau car-lite, laluan kenderaan dibina jauh daripada laluan pejalan kaki utama. Ini bagi memastikan penduduk dapat berjalan dengan selamat.



Terdapat juga rangkaian laluan pejalan kaki dan berbasikal untuk ke pusat kejiranan dan kemudahan utama di Ghim Moh melalui Rangkaian Penghubung Taman.



Projek pertama di Ulu Pandan akan terletak berhampiran MRT Dover yang akan mempunyai pusat komersial berdekatan termasuk kedai, pasar raya dan tempat makan.



LAPORAN SELANJUTNYA: BTO Ulu Pandan direka demi kesejahteraan mental, fizikal penduduk




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >