Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,000 pasangan dapat bantuan bina rumah tangga kukuh 'Bersamamu'

Mar 05, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 3,000 pasangan telah meraih manfaat daripada program 'Bersamamu' sejak ia dilancarkan Julai lalu.



Program kelolaan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) itu bertujuan memberi sokongan kepada pasangan yang bakal dan baru berumah tangga.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan demikian dalam satu pos di Facebook semalam.



Beliau dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menemui sekitar 10 naib kadi yang menjayakan program 'Bersamamu' dalam satu sesi di Masjid Darul Ghufran di Tampines Isnin lalu.



"Naib kadi ini telah berkongsi visi dan komitmen mereka untuk membantu masyarakat Melayu/Islam membina keluarga yang kukuh dan lantas, masyarakat yang lebih utuh.



"Saya berbesar hati kerana naib kadi, sebagai asatizah, ingin menggalas tanggungjawab berat ini dan menyokong pasangan sebelum dan setelah bernikah.



"Dengan sokongan mereka, saya yakin kita boleh melangkah lebih jauh sebagai Masyarakat Gemilang," tulis Encik Masagos.



'Bersamamu' memberi peluang kepada naib kadi menawarkan nasihat, panduan, bimbingan dan sokongan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.



Hubungan antara naib kadi dengan pasangan itu bagaimanapun tidak berhenti selepas pasangan bernikah.



Ia berlanjutan selama dua tahun agar pasangan berpeluang terus mendapatkan nasihat dan panduan daripada naib kadi sekiranya berdepan dengan isu rumah tangga.



'Bersamamu' antara usaha bidang tumpuan pertama di bawah rangkaian M Kuasa Tiga (M3).



Di bawah bidang tumpuan pertama yang dipimpin Dr Faishal, M3 - yang merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - akan memberi pengkhususan kepada perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >