Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,000 pembeli 5 projek BTO terjejas terima kunci mulai suku pertama 2022

Projek BTO itu ialah Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights, Senja Ridges di Bukit Panjang, Marsiling Grove di Woodlands dan West Coast Parkview di Clementi
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 3,000 pembeli flat Bina-Ikut-Tempahan bagi lima projek terjejas akibat masalah dihadapi kontraktor utamanya sebelum ini, Greatearth Construction dan Greatearth Corporation, boleh menjangka mendapatkan kunci rumah mereka antara suku pertama tahun depan dengan suku ketiga 2023.



Projek-projek itu adalah di Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, Marsiling Grove di Woodlands dan West Coast Parkview di Clementi.



Empat kontraktor yang baru telah dilantik untuk mengambil alih tugas menyelesaikan projek-projek yang tertangguh itu setelah Greatearth menghentikan operasi ekoran masalah kewangan, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



"Tumpuan utama HDB ialah memastikan kami dapat menyediakan rumah kepada pembeli flat secepat yang kami daya tanpa menjejas keselamatan dan mutu," kata HDB.



Empat kontraktor yang baru ialah Teambuild Engineering and Construction, Newcon Builders, Welltech Construction dan CES Engineering Construction.



Bagi kurangkan penundaan dan kesan kepada pembeli, HDB telah membantu Greatearth dan pengurus pembubaran syarikat dengan kontraktor yang dapat menggantikan mereka dengan keupayaan dan sumber agar dapat mengambil alih projek secepat mungkin.



HDB juga telah menyelaras perbincangan antara kontraktor baru dengan kontraktor kecil Greatearth dan pembekal bahan, agar semua pihak dapat melakarkan aturan bagi menyiapkan tugas.



Kerja binaan akan dimulakan secara bertahap mulai awal bulan depan.



Namun kesemua projek itu akan siap lebih lewat buat sekitar dua hingga tiga bulan lagi.



Ini bermakna hampir 3,000 pembeli rumah bagi lima projek terjejas itu boleh menjangka mendapatkan kunci rumah mereka antara suku pertama tahun depan dengan suku ketiga 2023.



Kerja-kerja di lima projek itu sebelum ini dihentikan pada 20 Ogos lalu setelah Greatearth memberitahu HDB bahawa ia tidak dapat menyelesaikan projek tersebut meskipun setelah diberi bantuan pemerintah.



Dua projek awam juga mungkin terjejas.



Beberapa subkontraktor kini bakal menghadapi kerugian besar dalam bayaran belum dilangsaikan oleh Greatearth.



HDB semalam berkata sepanjang bulan lalu, ia telah bekerja rapat dengan Greatearth dan pembubar mereka daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services (PwC) untuk membawa masuk kontraktor baru secepat mungkin untuk menyelesaikan baki kerja dan mengurangkan kesan terhadap pembeli rumah.



Untuk mempercepatkan proses itu, HDB telah membantu dalam mencari beberapa kontraktor yang sesuai untuk mengambil alih projek tersebut dan bekerjasama dengan Greatearth dan PwC untuk mempermudahkan peralihan itu.



"Ini membolehkan HDB membawa masuk kontraktor baru tersebut dalam tempoh sebulan, berbanding tempoh masa tiga hingga empat bulan yang biasanya diperlukan untuk membuka tender baru bagi kontraktor baru menggantikan baki kerja-kerja," ujar kenyataan HDB.



Dengan cara ini, tahap kelewatan bagi pembeli flat telah dikurangkan, kata HDB.



Namun, lima projek itu tetap akan lewat buat lagi dua hingga tiga bulan disebabkan masa yang diperlukan untuk membawa masuk kontraktor pengganti, dan bagi mereka mengumpulkan sumber untuk mengambil alih dan menyelesaikan projek, katanya.



Greatearth Construction berhutang sekurang-kurangnya $70 juta kepada beberapa ratus pemiutang ketika ia gulung tikar pada 27 September kerana tidak mampu untuk meneruskan perniagaan disebabkan liabilitinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >