Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

32 pegawai ICA dikuarantin; 100 jalani ujian Covid-19

Apr 29, 2021 | 11:09 PM



PEGAWAI Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang dikenal pasti sebagai kes Covid-19 dalam masyarakat pada Rabu (28 April) merupakan Timbalan Ketua Pasukan di Lapangan Terbang Changi yang dikerahkan berada di Kaunter Pegawai Bertugas untuk memproses ketibaan penumpang di Terminal 1.



Menurut ICA dalam kenyataannya pada Khamis (29 April), pegawai ini sudah mendaftarkan diri bagi menjalani vaksinasi tetapi dinasihatkan doktor agar tidak meneruskannya kerana alahannya pada ubat-ubatan.



Menyusuli pengesanan kes itu, ICA kini membantu Kementerian Kesihatan (MOH) dengan usaha menjejak kontak.



Seramai 32 pegawai ICA yang ditugaskan di Lapangan Terbang Changi dan mempunyai kontak dengannya telah dikenal pasti dan dikuarantin.



Sebagai tambahan, sekitar 100 pegawai ICA yang ditugaskan di Terminal 1 akan menjalani ujian Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.



ICA juga bekerjasama dengan Changi Airport Group (CAG) bagi memastikan kawasan awam dan kakitangan yang dilintasi pegawai berkenaan telah melalui proses penyahjangkitan secara terperinci sejajar dengan garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi pembersihan sekitaran dan penyahjangkitan kawasan yang terdedah pada kes Covid-19 yang disahkan.



Ini termasuk kawasan seperti kaunter imigresen, pejabat imigresen, pantri dan tandas.



Sementara ini, ICA memantau rapi keadaan pegawai yang terjejas itu serta status kesihatan pegawai lain di Lapangan Terbang Changi.



Menjelaskan mengenai tugas pegawai ICA sebelum pengesanan kes ini, kenyataan itu menambah kebanyakan tugas di ICA adalah pekerjaan di barisan hadapan. Lantaran itu, pegawai ICA tanpa mengira jika mereka sudah menjalani vaksinasi atau tidak ditugaskan secara bergilir-gilir di barisan hadapan.



"Sejak penularan Covid-19 pada Januari 2020, ICA telah melaksanakan langkah berjaga-jaga di pusat pemeriksaan dan telah membantu menyemak langkah yang ada mengikut evolusi situasi.



"Langkah-langkah ini dibangunkan dengan merujuk pada MOH seperti dalam penggunaan pakaian pelindungan berdasarkan keadaan tugas, langkah pengurusan selamat dan pembersihan yang sering dilakukan ke atas premis pusat pemeriksaan dan kaunter imigresen.



"Pegawai ICA juga perlu menjalani rejim ujian rutin secara tetap. ICA akan terus menyemak dan mengemaskinikan langkah keselamatan sejajar dengan garis panduan MOH.



"Sejak Januari 2021, pegawai ICA yang layak secara perubatan telah digalakkan agar menjalani vaksinasi bagi melindungi diri mereka, orang tersayang dan rakan sekerja.



"Sehingga 1 April 2021, 92 peratus pegawai ICA di Lapangan Terbang Changi telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19," tambah kenyataan itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >