Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

350,000 pelajar boleh guna dua skim untuk bayar penuh yuran pelbagai mulai 2024

Jul 05, 2023 | 05:56 PM



Sekitar 350,000 pelajar di sekolah pemerintah dan sekolah yang menerima bantuan pemerintah boleh menggunakan skim Edusave dan Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan (MOE FAS) untuk membayar sepenuhnya yuran pelbagai mereka mulai 2024.

Yuran standard dan yuran peringkat kedua juga akan digabungkan menjadi satu yuran mulai tahun depan.

Sekolah pemerintah dan bantuan pemerintah mengutip pelbagai yuran untuk membiayai kos bahan sekolah dan program untuk pelajar.

Yuran standard bulanan semasa masing-masing ialah $6.50, $10 dan $13.50 untuk pelajar rendah, menengah dan prauniversiti.

Sekolah menentukan yuran peringkat kedua bulanan semasa, tertakluk kepada had $6.50, $10 dan $13.50.

MOE dijangka membelanjakan tambahan $3.8 juta setahun untuk melanjutkan MOE FAS, yang akan memanfaatkan sekitar 40,000 pelajar menerusi skim tersebut, menurut satu kenyataan MOE.

Seramai 310,00 pelajar lain yang tidak berada di bawah FAS boleh menggunakan skim Edusave untuk membayar yuran yang lain.

Dengan ini, mereka dapat menampung semua yuran pelbagai, membolehkan ibu bapa mengurangkan perbelanjaan bagi keperluan pendidikan anak-anak mereka, antara $78 (di sekolah rendah) dengan $162 (di prauniversiti) setahun untuk anak mereka.

Tiada tindakan diperlukan daripada ibu bapa yang sedang menggunakan Edusave anak mereka bagi pembayaran yuran pelbagai di peringkat kedua.

Ini kerana potongan automatik akan dibuat daripada Edusave untuk membayar yuran bagi peringkat yang digabungkan itu mulai tahun depan, menurut MOE.

Ibu bapa yang sedang membayar yuran pelbagai peringkat kedua melalui kaedah lain tetapi ingin menggunakan Edusave untuk membayar yuran satu peringkat baru boleh menyerahkan Borang Arahan Tersedia secara dalam talian, dengan menggunakan log masuk Singpass mereka.

Mereka juga boleh berbuat demikian melalui Parents Gateway, di bawah tab Perkhidmatan.

Potongan secara automatik akan dilakukan daripada Edusave untuk membayar yuran yang baru digabungkan mulai 1 Januari 2024.

Mereka yang berminat boleh melungsuri www.moe.gov.sg/financial-matters/edusave-account/usage-of-edusave-funds dengan menggunakan log masuk SingPass ibu bapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >