Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE umum langkah tangani kekurangan pemandu bas, bolehkan lebih pekerja asing

Jun 12, 2023 | 08:02 PM



Pengendali bas sekolah yang terpilih akan dibenarkan mendapatkan khidmat lebih ramai pekerja asing dalam usaha pihak berkuasa menangani kekurangan pemandu.

Langkah ini menyusuli kekurangan berterusan yang menyebabkan firma-firma menamatkan kontrak awal.

Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin turut mengumumkan langkah lain termasuk membenarkan bas sekolah menggunakan tempat pikap biasa dan tempat menurunkan murid-murid bermula 2024 supaya masa perjalanan boleh disingkatkan.

MOE telah menemui persatuan dan pengendali bas sekolah Isnin lalu, dan memaklumkan bahawa mereka boleh memohon kuota lebih tinggi bagi pekerja asing khusus bagi pemandu bas sekolah.

“Kami telah memutuskan bahawa adalah perlu untuk memberikan pengendali bas terpilih dengan kuota tambahan pekerja asing yang terhad bagi menambah bekalan pemandu bas pada jangka masa terhad,” kata MOE, tanpa memberikan butiran lanjut.

Kementerian itu menambah ia akan bekerjasama dengan pengendali untuk “fasa merangkumi lebih ramai pekerja berdasarkan keperluan mereka, dengan mengambil kira sejauh mana pelibatan mereka dalam berkhidmat kepada pihak sekolah, serta usaha berterusan mereka merekrut pemandu setempat secara aktif”.

Di bawah formula yang digunakan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sekarang, syarikat dalam sektor perkhidmatan dengan sembilan pekerja setempat dibenarkan mengambil seorang bukan warga Singapura sebagai pemegang Pas S.

Di bawah permit kerja, ini ditakrifkan sebagai kakitangan berkemahiran pertengahan yang berpendapatan sekurang-kurangnya $3,000 sebulan dan $4,000.

Kontrak bas sekolah diberikan melalui proses apabila pembida bersaing menggunakan templat kontrak yang disediakan MOE. Ia turut menentukan bayaran tambang yang pengendali boleh kenakan berdasarkan sejauh mana alamat dari sekolah.

MOE turut mengumumkan, bagi kontrak yang bermula dari 2024, pengendali hanya akan dikehendaki untuk berkhidmat kepada murid-murid yang tinggal sehingga 4 kilometer (km) dari sekolah, turun dari 6 km.

Pengendali boleh memilih untuk membawa murid-murid yang tinggal lebih jauh dari sekolah, tetapi tambang akan dirundingkan secara berasingan dengan ibu bapa dan tidak terikat dengan kontrak.

Pengendali juga akan dibenarkan untuk menetapkan tempat pikap biasa dan tempat menurunkan penumpang.

Ini bertujuan membolehkan pemandu memberi khidmat kepada lebih ramai murid di setiap laluan bas sekolah dan menggunakan bas berkapasiti lebih besar di mana sesuai.

Dengan itu, pengendali boleh mengurangkan jumlah pemandu.

MOE berkata mengurangkan bilangan perhentian juga boleh membantu mengurangkan masa perjalanan secara keseluruhan.

Di bawah templat kontrak yang disemak semula, pengendali akan dibenarkan mengemukakan set tambang kedua selepas dua tahun mula beroperasi.

MOE berkata ini adalah untuk membantu pengendali memastikan perkhidmatan mereka mampan.

Buat masa ini, pengendali tidak boleh menaikkan tambang tanpa melalui proses tender baru.

Langkah ini sejajar dengan kos operasi – terutamanya harga bahan api yang meningkat dengan ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini, di luar tempoh apabila kontrak dimaktubkan.

MOE berkata pelajar yang menyertai Skim Bantuan Kewangan, yang merangkumi 65 peratus daripada tambang bas sekolah bulanan, boleh memberitahu pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >