Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

370,000 tiket SIA, Scoot dijual lebih murah pada Nov

Oct 17, 2023 | 04:49 PM



Lebih 170,000 tiket penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan lebih 200,000 tiket Scoot akan dijual pada harga lebih murah pada 3 November.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, SIA berkata ia akan menawarkan diskaun itu sebagai sebahagian pameran pelancongan ‘Time to Fly’ yang bakal diadakan.

Tiket pada harga lebih murah itu boleh dibeli semasa acara fizikal SIA mulai 3 hingga 5 November di Dewan 405 dan 406 Pusat Konvensyen Suntec City.

Tiket akan ditawarkan dalam talian antara 3 dengan 16 November di laman dan aplikasi mudah alih SIA dan juga menerusi ejen pelancongan terpilih, kata SIA.

SIA akan menawarkan diskaun itu bagi lebih 170,000 tiket penerbangan ulang-alik bagi kelas bisnes, premium ekonomi dan ekonomi dari Singapura ke 71 destinasi.

Destinasi-destinasi tersebut belum diumumkan.

Diskaun tersebut dikenakan bagi penerbangan antara Januari dengan September 2024.

Sementara itu, 200,000 tiket Scoot dijual pada harga lebih murah bagi penerbangan ke destinasi tertentu, menurut Scoot dalam satu kenyataan pada Selasa.

Scoot akan menawarkan harga diskaun itu bagi tiket penerbangan ke lebih 50 destinasi antara November 2023 dengan Oktober 2024.

Seperti SIA, tiket tersebut boleh didapatkan melalui laman Scoot antara 3 dengan 16 November 2023.

Ketua pegawai komersial SIA, Encik Lee Lik Hsin, berkata: “SIA dan Scoot berbesar hati menawarkan tetamu kita pilihan lebih luas dan nilai yang lebih baik sedang mereka bersiap sedia merancang cuti mereka bagi 2024, dan juga sedang kita kembali ke tahap operasi sebelum pandemik.”

Pameran pelancongan fizikal selama tiga hari itu turut menampilkan cabutan bertuah, yang membuka peluang kepada peserta memenangi dua tiket ulang-alik kelas bisnes ke Bali, Maldives, Osaka dan Phuket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >