Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3,800 set makanan bakal diagih kepada keluarga susah sekitar S'pura

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 3,800 set makanan panas akan diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah yang menetap di flat-flat sewa sekitar Singapura bermula semalam hingga 19 Disember nanti.



Semalam, penduduk beberapa flat sewa di Ang Mo Kio Street 21 dan Toa Payoh Lorong 5 dan 6 merupakan kumpulan penerima pertama makanan panas tersebut yang diberikan dari trak makanan Free Food For All (FFFA).



Makanan-makanan yang diagihkan itu disumbangkan tujuh hotel - Andaz Singapore; Parkroyal Collection Marina Bay; The Warehouse Hotel; Oasia Hotel Downtown, Goodwood Park Hotel; Oakwood Premier AMTD dan Carlton Hotel.



Ketujuh-tujuh hotel itu telah menghasilkan pakej diskaun eksklusif, dan setiap pembelian pengguna menyumbang sehingga 10 hidangan kepada inisiatif itu.



Inisiatif tersebut, hasil kerjasama FFFA dan wadah perjalanan Klook, dilancarkan sebahagian sambutan Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober lalu untuk memberi bantuan makanan kepada keluarga berpendapatan rendah dalam masyarakat.



Pengasas FFFA, Encik Nizar Shariff berkata:



"Pandemik Covid-19 lebih dahsyat bagi isi rumah berpendapatan rendah yang berdepan dengan realiti ketidakselamatan makanan.



"Dengan sekatan tambahan yang ada, ramai juga sentiasa bimbang sama ada mereka mampu meletakkan makanan di atas meja.



"Di FFFA, kami percaya tiada siapa yang patut berlapar dan dengan itu kami telah menggandakan usaha untuk menyediakan bantuan makanan dan sokongan psikososial kepada mereka yang memerlukan."



Di samping itu, seramai 250 keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai kanak-kanak juga bakal mempunyai peluang mengunjungi tarikan seperti Universal Studios Singapore dan Gardens by the Bay, hasil derma baucar Teroka Semula Singapura (SRV) orang ramai yang tidak terpakai.



Selain itu, FFFA dan Klook juga telah berusaha membantu golongan gelandangan di sini.



Memanfaatkan rangkaian penyedia hotelnya, Klook berjaya mendapat sokongan daripada tiga hotel untuk menyediakan beberapa bilik pada waktu malam bagi golongan yang tidak mempunyai tempat berteduh.



Inisiatif tersebut telah dimulakan sejak 1 Disember lalu dan melibatkan Hotel NuVe Bugis, Hotel NuVe Elements dan Hotel NuVe Stellar.



Pengaturan sementara itu akan membolehkan golongan gelandangan ini mendapatkan bantuan yang diperlukan daripada agensi pemerintah sambil mempunyai tempat tinggal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >