Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

39 orang jatuh sakit selepas makan dari Mum's Kitchen Catering, Cherish Delights

Sep 12, 2019 | 12:37 PM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) telah menggantung lesen bagi dua firma katering selepas 39 orang dalam dua kes berasingan mengalami gastroenteritis baru-baru ini.



Mereka yang terjejas dalam kes pada 31 Ogos dan 2 September itu, jatuh sakit setelah mengambil makanan dari Mum's Kitchen Catering dan Cherish Delights.



Dalam satu kenyataan bersama oleh Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dan SFA pada hari Rabu (11 September), mereka menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat beberapa kes gastroenteritis.



Tiga daripada mereka yang terjejas telah dimasukkan ke hospital. Namun, dua daripada mereka sudah pun keluar dari hospital sementera seorang lagi masih dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil, kata SFA dan MOH.



Disebabkan kejadian itu, SFA telah menggantung lesen Mum's Kitchen Catering pada hari Selasa, dan Cherish Delights pada hari Rabu, sehingga notis selajuntnya.



Para pekerja yang bertugas di premis firma-firma katering tersebut dikehendaki untuk menghadiri dan lulus Kursus Kebersihan Makanan Asas sebelum mereka dibenarkan kembali bekerja.



Pegawai kebersihan makanan di dua premis tersebut juga perlu mengimbas semula dan lulus Kursus Pegawai Kebersihan Makanan sebelum mereka dapat meneruskan kerja mereka.



Tambahan lagi, MOH dan SFA menyatakan bahawa kedua-dua premis serta semua perkakas dan peralatan di sana perlu dibersihkan dan dibasuh.



Keselamatan makanan adalah tanggungjawab yang harus dipatuhi oleh semua. SFA ingin mengingatkan pengendali makanan supaya mereka memastikan cara persiapan makanan dan kebersihan diri yang baik pada setiap masa, kata kenyataan itu.



"SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Sekitaran Awam."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >