Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 badan Islam sedia bimbingan berhubung konflik Timur Tengah

Nov 22, 2023 | 08:24 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Rangkaian Belia Asatizah (AYN) telah menyediakan nasihat dan bimbingan untuk pelbagai segmen masyarakat Islam di sini berhubung konflik di Timur Tengah.

Pertubuhan agama itu, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu, menyatakan reaksi dan tindak balas masyarakat Islam harus berpandukan prinsip dan nilai agama yang tidak berubah selaras dengan ajaran Nabi Muhammad saw.


Masyarakat Islam di Singapura, menurut kenyataan itu, berada dalam kedudukan unik, yang mungkin tidak sama dengan situasi masyarakat Islam di negara lain.

Nasihat itu menggesa Muslim di sini supaya terus memelihara suasana aman di negara ini dan tidak mendedahkannya kepada sebarang ancaman perpecahan atau persengketaan akibat konflik geopolitik. 

Empat pertubuhan itu telah mengadakan forum pada 2 November untuk membincangkan dan menyediakan bimbingan kepada masyarakat Islam mengenai tindak balas terhadap konflik Timur Tengah.

Forum itu bertujuan memupuk pemahaman mendalam tentang isu berkenaan dari sudut pandangan Islam tempatan dan meneroka cara pertubuhan kepimpinan agama boleh membimbing masyarakat Islam ke arah yang lebih baik dalam memahami dan menangani isu yang mencabar itu.

Nasihat tersebut menekankan pandangan Islam terhadap penindasan dan pencerobohan serta menolak sebarang bentuk penindasan tanpa mengira siapa pelakunya.

Islam mengutamakan usaha mencapai keamanan dunia (as-Salam), sebagai faktor penting dalam memelihara kesucian hidup manusia dan menolak permusuhan antara satu sama lain, jelas kenyataan itu.


Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohd Murat Md Aris, berkata nasihat itu perlu dijadikan sandaran bagi masyarakat. 

“Kita berhak berasa sedih dan marah atas apa yang berlaku di bumi Palestin. Namun, reaksi kita berhadapan isu ini haruslah berpandukan teras ajaran dan tradisi yang kita warisi daripada Rasulullah saw.


“Di samping mengambil iktibar daripada krisis yang berlaku, kita juga terus berdoa kepada Allah swt dan beristiqamah dalam menyumbang dengan apa jua cara yang termampu.


“Kita juga berdoa dan berharap agar gencatan senjata akan berterusan dan kekal demi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan kesejahteraan kepada para penduduk Gaza dan Palestin yang telah lama teraniaya dan menderita menjadi mangsa,” tambah beliau.

Empat pertubuhan itu juga berkata konflik yang berterusan di Timur Tengah telah mengakibatkan teks agama dan hadis berkaitan peristiwa akhir zaman dikongsi secara meluas melalui media sosial.

“Masyarakat Islam hendaklah merujuk kepada tafsiran ulama yang berwibawa dan fahami konteks teks-teks ini dengan baik, supaya tidak timbul apa-apa kekeliruan dan panik yang akan menghalang mereka daripada membuat sumbangan berterusan kepada kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat mereka,” jelas kenyataan itu.

Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, pula menghargai sumbangan para asatizah dalam memainkan peranan mereka membantu masyarakat Islam dalam menangani krisis di Timur Tengah.

“Kami berharap usaha bersama ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi membantu para asatizah dalam meneruskan kerja-kerja dakwah mereka,” kata beliau.

Nasihat ini akan terus dikongsi dengan masyarakat melalui khutbah solat Jumaat serta melalui pelbagai media sosial dan platform dalam talian. Ia juga boleh dibaca dalam talian menerusi pautan ini: https://go.gov.sg/oom-krisistimurtengah 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >