Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

43 disiasat dalam operasi silang agensi di Geylang

Jun 07, 2023 | 07:00 PM



Seramai 31 lelaki dan 12 wanita berusia antara 33 tahun dengan 75 tahun sedang disiasat atas beberapa kesalahan dalam operasi penguatkuasaan silang agensi yang dijalankan dari 21 Mei 2023 hingga 26 Mei 2023.

Operasi itu dipimpin Divisyen Polis Bedok dan disokong pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Operasi tersebut bertujuan membanteras antara lain kegiatan haram di Geylang termasuk perjudian haram, kegiatan maksiat, penjualan ubat seks dan penjaja makanan haram.

Seramai 15 lelaki dan tiga wanita berusia antara 39 dengan 75 tahun disiasat bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian 2022.

Pegawai dari Divisyen Polis Bedok, CID, ICA dan MOM telah menyerbu sebuah unit perindustrain di 8 Ubi Road 2 dan sebuah unit di Macpherson Road dalam operasi penguatkuasaan melibat operasi kasino Internet.

Wang tunai bernilai lebih $3,400, alat komputer dan bahan-bahan perjudian lain turut dirampas.







Di beberapa lorong di Geylang pula, pegawai HSA, ICA dan CNB telah menemukan produk-produk kesihatan tidak berdaftar seperti ubat batuk dan ubat seks bernilai sekitar $37,440 dan telah merampasnya.

Dua lelaki berusia 32 tahun dan 51 tahun sedang disiasat di bawah Akta Produk Kesihatan 2007.

Mereka yang didapati bersalah mengimport, membuat dan/atau membekalkan produk kesihatan tidak berdaftar boleh dipenjara sehingga dua tahun dan/atau didenda sehingga $50,000.

Di Geylang Road pula, pegawai dari Divisyen Polis Bedok telah menjalankan operasi penguatkuasaan di dua pusat urut dan sedang menyiasat dua lelaki berusia 36 tahun dan 60 tahun kerana dikatakan beroperasi tanpa lesen yang sah di bawah Akta Pertubuhan Urut 2017.

Tiga wanita berusia antara 42 dengan 48 tahun, telah ditangkap atas kesalahan di bawah Piagam Wanita 1961.

Selain itu, seorang lelaki berusia 26 tahun turut ditangkap di bawah Akta Pertubuhan 1966 apabila pegawai polis menjalankan pemeriksaan di pusat hiburan awam di Geylang Road.

Sembilan karton, 51 paket dan 12 batang rokok tidak berbayar cukai juga dirampas dalam operasi tersebut.

Pegawai MOM telah memimpin operasi penguatkuasaan di daerah Pasar Geylang Serai di mana dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun sedang membantu dalam siasatan atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura pada 7 Jun, Pegawai Pemerintah Pusat Polis Kejiranan Geylang, Superintenden Polis Muhammad Firdaus Abdul Raub, merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas sokongan padu mereka dan memuji para pegawai atas profesionalisme dan kerjasama yang cemerlang sepanjang operasi yang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >