Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4,500 pelanggan diberi nasihat pulangkan dulang selepas makan

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



RIBUAN pelanggan yang telah mengunjungi tempat makan untuk menjamu selera telah diberi peringatan untuk memulangkan dulang makanan mereka kelmarin, iaitu hari pertama orang ramai dibenarkan makan di luar di bawah langkah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat).



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor berkata pegawai dari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah menasihatkan seramai 4,500 pelanggan supaya memulangkan dulang mereka kelmarin, lapor akhbar The Straits Times (ST) semalam.



Ia wajib bagi orang ramai berbuat demikian serta membersihkan meja mereka daripada sisa makanan mulai 1 Jun lalu, namun tiada tindakan penguatkuasaan yang akan diambil hingga 31 Ogos ini.



Ini adalah sebagai sebahagian usaha NEA untuk membantu penduduk setempat menyesuaikan diri dengan peraturan itu, kata NEA pada 14 Mei lalu.



Namun apabila langkah itu diterapkan, orang ramai pula tidak dibenarkan makan di luar sehingga kelmarin, selepas Singapura memperkenal langkah diperketat, Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 16 Mei lalu.



Malah pandemik Covid-19 ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya penduduk harus memastikan tahap kebersihan umum yang tinggi.



Tinjauan ST di Pasar dan Pusat Makanan North Bridge Road pagi semalam mendapati hanya segelintir penduduk yang mematuhi peraturan baru itu.



Meskipun sudah beberapa tahun usaha pendidikan untuk mengubah tingkah laku dan daya pemikiran penduduk sewaktu melanggani tempat makan umum sudah dijalankan, ST mendapati, beberapa pelanggan masih dilihat tidak mengembalikan dulang mereka di pusat penjaja itu.



Mulai 1 September ini, tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada mereka yang tidak membersihkan meja mereka selepas menjamu selera di tempat makan umum.



Pesalah yang melakukan kesalahan itu buat kali pertama akan diberikan surat amaran. Mereka yang melakukan kesalahan itu buat kali kedua pula akan diberikan denda kompaun sebanyak $300.



Kesalahan lanjut boleh menyebabkan pesalah itu dikenakan denda mahkamah sehingga $2,000 jika disabit kesalahan itu buat kali pertama.



Agensi Makanan Singapura juga akan bekerjasama dengan NEA untuk melancarkan usaha penguatkuasaan secara berperingkat di kedai kopi dan pusat penjaja setempat pada suku keempat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >