Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

470,000 pekerja gaji rendah terima bayaran khas Workfare bulan ini: MOF

Oct 24, 2020 | 05:30 AM



TAMBAHAN lebih 70,000 pekerja akan meraih manfaat daripada Bayaran Khas Daya Kerja (WSP atau Workfare) menyusuli peluasan kelayakan kepada skim tersebut.



Ini termasuk mereka yang akan menerima Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) bagi kerja yang mereka lakukan tahun ini, tetapi belum lagi menerima WSP.



Langkah meluaskan skim itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dalam kenyataan menterinya pada 17 Ogos lalu.



Pekerja yang baru layak ini akan menerima WSP sebanyak $3,000 bermula bulan ini.



Secara keseluruhan, sekitar 470,000 pekerja berpendapatan rendah di Singapura akan menerima WSP sejumlah $810 juta bulan ini, kata Kementerian Kewangan semalam.



Kebanyakan daripada mereka telah layak bagi WSP sebelum ini dan menerima bayaran pertama sebanyak $1,500 pada Julai lalu bagi kerja yang mereka lakukan pada 2019.



Bayaran kedua dan terakhir sebanyak $1,500 akan diberikan bulan ini.



Diperkenalkan pada 2007, Workfare merupakan skim tetap untuk menambah gaji pekerja berpendapatan rendah dan membantu mereka berjimat bagi persaraan.



Sejak itu, sebanyak $6.8 juta bayaran Workfare telah diagihkan kepada sekitar 890,000 penduduk.



Disasarkan kepada pekerja Singapura yang pendapatan mereka di tangga 20 peratus terbawah, WIS dibayar dalam bentuk tokokan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi persaraan, serta wang tunai untuk menambah pendapatan yang mereka raih.



WIS telah dipertingkat dari tahun ini, dengan had kelayakan pendapatan dinaikkan kepada $2,300 sebulan dan bayaran WIS tahunan maksimum dinaikkan kepada $4,000 setahun.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan menulis bahawa Workfare dan Model Gaji Progresif adalah dasar inovasi penting untuk mempertingkat taraf pekerja berpendapatan rendah.



"Menerusi Workfare, pemerintah menambah pendapatan mereka dengan wang tunai dan tokokan CPF untuk menawarkan keduadua keperluan sekarang dan persaraan," katanya.



Beliau menambah lebih banyak yang sedang dilakukan untuk membantu pekerja berpendapatan rendah semasa tempoh pandemik ini.



"Pemerintah amat komited untuk membantu setiap rakyat Singapura melalui krisis ini terutama para pekerja berpendapatan rendah dan mereka yang lebih mudah terjejas dalam kalangan kita." ujarnya.



"Kita akan terus bekerjasama dengan anda untuk membangunkan masa depan lebih baik dan cerah bagi semua rakyat Singapura dalam dunia pasca Covid-19."




"Menerusi Workfare, pemerintah menambah pendapatan mereka dengan wang tunai dan tokokan CPF untuk menawarkan kedua-dua keperluan sekarang dan persaraan... Pemerintah amat komited untuk membantu setiap rakyat Singapura melalui krisis ini terutama para pekerja berpendapatan rendah dan mereka yang lebih mudah terjejas dalam kalangan kita... Kita akan terus bekerjasama dengan anda untuk membangunkan masa depan lebih baik dan cerah bagi semua rakyat Singapura dalam dunia pasca Covid-19."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >