Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

473 kes basikal tanpa brek dikesan LTA sejak aturan diperkenal pada 2021

Aug 07, 2023 | 05:14 PM



Terdapat 473 kes penunggang basikal tanpa brek tangan sejak peraturan melarang penggunaan basikal seperti itu di laluan dan jalan raya awam di sini diikuat kuasa pada September 2021.

Walaupun tiada sesiapa dihadapkan ke mahkamah, beberapa individu dikenakan denda kompaun, lapor The Straits Times.


Pada 2021, terdapat 148 kesalahan dari September, apabila pemerintah melaksana peraturan yang memerlukan semua basikal di laluan dan jalan raya awam mempunyai sekurang-kurangnya satu brek tangan yang berfungsi.

Sebanyak 223 kes dicatatkan pada 2022, dan 102 kes dalam separuh pertama 2023.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pegawai penguatkuasaan mobiliti aktif akan merampas basikal tanpa brek itu jika ia ditemui di laluan awam.

Pemilik perlu membayar yuran untuk mengambil semula basikal mereka, selain denda kompaun.

Bagaimanapun, butiran khusus mengenai denda dan yuran bagi mengambil balik basikal tidak didedahkan oleh LTA.

Pesalah kali pertama yang menunggang di laluan awam boleh didenda hingga $10,000 atau dipenjara hingga enam bulan, atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Jika ditangkap berbuat demikian di jalan raya awam buat kali pertama, mereka boleh didenda hingga $1,000 atau dipenjara hingga tiga bulan, atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Peraturan ini menjejas basikal dengan gear tetap, yang biasanya dikenali sebagai “fixies,” kerana biasanya ia tidak mempunyai brek tangan dan bergantung pada rintangan pedal untuk diperlahan dan berhenti.

Peraturan ini berkuatkuasa selepas kes tragedi pada 2020 apabila seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menaiki basikal fixie tanpa brek meninggal dunia selepas terlanggar pagar di sebuah tempat letak kereta bertingkat.


Walaupun terdapat isu keselamatan, beberapa penunggang basikal masih memilih untuk menunggang basikal fixie tanpa brek di laluan awam.


Ada yang berkata estetik basikal itu lebih cantik tanpa brek tangan.

Bagaimanapun, ramai peminat fixie telah mematuhi peraturan tersebut untuk mengelakkan tindakan penguatkuasaan LTA.


Beberapa peniaga basikal memerhatikan penurunan ketara dalam jualan basikal fixie sejak peraturan itu berkuat kuasa.


LTA telah mengambil langkah meningkatkan kesedaran mengenai peraturan brek tangan dengan melibatkan kumpulan minat basikal, institusi pendidikan tinggi, dan peniaga basikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >