Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4PM sasar kumpul derma $100,000 untuk biaya program

4pm
Oct 10, 2019 | 05:30 AM



PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) akan menjalankan usaha kutipan derma di serata Singapura Sabtu, 12 Oktober ini.



Ia berharap mengumpul $100,000, bukan sahaja untuk meneruskan program yang sudah ada, malah untuk memulakan program dan inisiatif baru.



Pengurus Kanan 4PM, Cik Zainon Haron, berkata persatuan itu menghadapi masalah mendapatkan sukarelawan untuk mengutip derma tahun ini.



Matlamat mereka adalah untuk mendapatkan 600 sukarelawan, tetapi kini hanya 100 sukarelawan yang telah mendaftar diri.



Bagi mereka yang berminat untuk membantu tetapi tidak dapat menyertai pengumpulan dana Sabtu ini, 4PM menyediakan pilihan untuk menyertai inisiatif 'Adopt a Can'.



Ini bermaksud mereka boleh membantu mengumpulkan dana dari mana sahaja hanya dengan menderma $50 atau lebih, dan tabung yang mereka ambil itu akan dipegang sukarelawan 4PM Sabtu nanti.



4PM sedang melaksanakan beberapa program yang ditumpukan kepada empat perkhidmatan, iaitu program persuratan, program penglibatan masyarakat, perkhidmatan belia dan masyarakat.



Cik Zainon berkata sebahagian daripada mereka yang pernah memanfaatkan perkhidmatan 4PM akan kembali untuk menjadi sukarelawan badan tersebut.



Empat belia yang pernah menjalani program mentor 4PM dan telah menerima Anugerah Pencapaian Belia Nasional (NYAA) (Emas) akan membantu dalam mengutip dana.



Menurut Cik Zainon, matlamat hari pengutipan derma adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang khidmat 4PM, memupuk sifat relawan dan mengumpul dana bagi program 4PM.



Sesiapa yang berminat untuk membantu dalam usaha kutipan derma 4PM boleh mendaftarkan diri di laman tinyurl.com/4pmflagday2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >