Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 didakwa terima harta curi guna akaun pelanggan FairPrice, Zalora

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



LIMA lelaki, yang disyaki dikaitkan dengan beberapa siri akaun yang dikompromi melibatkan pelanggan pasar raya NTUC FairPrice dan peruncit elektronik Zalora, didakwa di mahkamah daerah semalam.



Polis berkata dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa tujuh akaun pelanggan FairPrice dan 53 akaun pelanggan Zalora telah dikompromi, membawa kepada pembelian penipuan berjumlah $12,340.



Jordan Cheah Jie En, 21 tahun; Leonard Por Jing Qing, 24 tahun; Marcus Chua Gui Rong, 26 tahun; Gabriel Ghor Chao Yang, 28 tahun dan Brian Teng Jing Yao, 33 tahun, masing-masing menghadapi satu pertuduhan menerima harta curi secara tidak jujur semalam.



Kelima-lima mereka didakwa melakukan kesalahan pada 15 November 2022 lalu.



Mereka adalah antara enam lelaki yang ditahan berikutan satu operasi yang dijalankan serata Singapura pada Selasa lalu.



Ia dijalankan selepas para pegawai menerima beberapa laporan antara 15 dan 24 November 2022, mengenai akaun pelanggan yang telah dikompromi.



Menurut dokumen mahkamah, Por dan Chua didakwa menerima karton rokok yang dipercayai harta curi, di beberapa pasar raya FairPrice.



Ghor dituduh menerima baucar elektronik NTUC bernilai $954, dan dia telah didakwa menggunakan baucar itu untuk membeli rokok.



Teng dikatakan menerima barang-barang termasuk baucar elektronik NTUC bernilai $280 dan tujuh karton rokok.



Cheah, yang didakwa menerima baucar elektronik NTUC bernilai $1,600, dikatakan membelanjakannya untuk membeli rokok.



Cheah juga dituduh atas satu pertuduhan mengedar dadah dalam satu kes berasingan.



Dia didakwa ditemui mempunyai sebungkus bahan sayuran hijau, dipercayai ganja, di flat Buangkok Crescent sekitar jam 9.30 malam pada 4 Oktober 2022.



Kes kesemua lima lelaki itu telah ditangguhkan ke 18 Januari.



Bagi kesalahan menerima harta curi secara tidak jujur, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >