Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

5 sekolah separuh penuh akhir fasa pertama daftar Darjah 1

Jul 12, 2023 | 03:43 PM



Sebanyak lima sekolah telah mengisi separuh daripada tempat yang disediakan, selepas fasa pertama pendaftaran Darjah 1 berakhir pada 5 Julai.

Fasa 1 melibatkan kanak-kanak yang mempunyai seorang abang atau kakak yang sudah berdaftar di sekolah yang sama.

Kelima-lima sekolah yang separuh penuh itu termasuk Sekolah Rendah Chua Chu Kang, Sekolah Rendah Fern Green, Sekolah Rendah Gongshang, Sekolah Rosyth dan Sekolah Tao Nan, lapor The Straits Times.


Perangkaan tempat kosong Darjah 1 yang masih tersedia bagi fasa seterusnya diterbitkan dalam laman Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa.

Sekolah Rendah Fern Green yang terletak di Sengkang mendahului senarai. Ia telah mengisi 54 peratus tempat kosong bagi Darjah 1. Baki 50 tempat adalah bagi Fasa 2A.

Fasa 2A diperuntukkan bagi kanak-kanak yang mempunyai salah seorang ibu bapa atau seorang abang atau kakak yang merupakan bekas murid di situ, atau mempunyai seorang ibu atau bapa yang merupakan ahli jawatankuasa pengurusan atau penasihat sekolah, atau kakitangan.

Kanak-kanak dari tajaka kendalian MOE di bawah sekolah rendah pilihan mereka juga layak mendaftar dalam fasa tersebut.

MOE turut mengumumkan di lamannya pada Selasa bilangan baki tempat untuk giliran Fasa 2A bagi semua 181 sekolah rendah.

Perangkaan itu tidak termasuk 60 tempat yang diperuntuk bagi Fasa 2B dan 2C, diketepikan MOE sejak 2022 untuk memastikan sekolah dapat diakses oleh seramai murid yang mungkin.

Sekolah pilihan popular seperti Sekolah Tao Nan di Marine Parade hanya mempunyai baki 117 tempat bagi fasa 2A daripada 360 tempat yang disediakan.

Sekolah Rosyth di Serangoon pula mempunyai lagi 75 slot daripada 270 tempat disediakan.

Fasa 2A berlangsung dari Rabu hingga Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >