Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran Darjah 1 bermula 4 Julai bagi kemasukan 2024

May 23, 2023 | 05:30 PM



PENDAFTARAN bagi pelajar yang bakal memasuki Darjah 1 pada 2024 akan dibuka pada 4 Julai 2023, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa.

Sejak proses pendaftaran 2023, ibu bapa boleh menggunakan Portal Pendaftaran P1 bagi kesemua lima fasa – Fasa 1, 2A, 2B, 2C dan 2C Tambahan – untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah pilihan mereka.

Portal itu, yang boleh dilungsuri pada 4 Julai dan boleh diakses melalui laman web Pendaftaran P1 MOE, menggantikan borang permohonan dalam talian (bagi Fasa 1, 2A dan 2B) dan Sistem Internet P1 (bagi Fasa 2C dan 2C Tambahan) yang digunakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Untuk log masuk ke portal itu, ibu bapa memerlukan Singpass yang sah dengan Pengesahan 2 Faktor (2FA), kata MOE.

Ibu bapa dinasihatkan supaya menyediakan Singpass 2FA mereka lebih awal dan memastikan akaun Singpass mereka sah sebelum latihan pendaftaran bermula.

Bermula 2023, MOE juga akan menerbitkan data daripada Latihan Pendaftaran P1 tahun sebelumnya untuk menyokong ibu bapa dengan lebih baik dalam pemilihan sekolah rendah mereka.

Bermula 23 Mei, ibu bapa boleh merujuk ke laman web MOE, str.sg/iJhP, bagi data tahun sebelumnya, yang akan merangkumi bilangan kekosongan, pemohon pendaftaran dan maklumat pengundian dalam fasa masing-masing bagi setiap sekolah.

“Sekiranya pengundian dijalankan bagi fasa tertentu, ibu bapa akan melihat kategori di mana pengundian dijalankan, bilangan kekosongan yang terdapat dalam undi dan bilangan pemohon yang menyertai undian.

“Ibu bapa juga boleh melihat senarai sekolah dalam jarak 2 kilometer dari kediaman mereka dan menyemak sama ada sekolah itu menerima terlebih permohonan daripada tempat yang disediakan dalam fasa tertentu semasa proses pendaftaran tahun lalu,” kata MOE.

Maklumat ini adalah tambahan kepada bilangan tempat yang tersedia di setiap sekolah bagi proses pendaftaran 2023, yang akan disediakan dalam talian mulai pertengahan Jun dan dikemas kini sepanjang latihan tersebut, lapor The Straits Times.


Ibu bapa yang memerlukan bantuan semasa pendaftaran boleh menghubungi sekolah pilihan mereka melalui e-mel atau telefon pada hari pendaftaran masing-masing antara 9 pagi hingga 4.30 petang.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.moe.gov.sg/primary/p1-registration.

Pendaftaran tamat pada 31 Oktober 2023.

Dalam kenyataannya, MOE menggalakkan ibu bapa supaya mempertimbangkan pelbagai sekolah dan melihat bagaimana program dan tawaran sekolah-sekolah ini dapat memenuhi keperluan pembelajaran, minat dan kekuatan anak mereka dengan sebaiknya.

Mereka juga patut mempertimbangkan jarak sekolah dan memilih sekolah yang dekat dengan rumah mereka untuk mengurangkan waktu perjalanan ulang-alik bagi anak tersebut.

Maklumat lanjut tentang tawaran setiap sekolah boleh didapati di www.moe.gov.sg/schoolfinder.

  • Fasa 1 - Bagi pelajar yang ada adik-beradik dalam sekolah sama
  • Fasa 2A - Bagi pelajar yang ibu bapa atau adik-beradik pernah bersekolah di sana, termasuk anggota alumni sekolah rendah tersebut; Bagi pelajar yang ibu bapanya adalah ahli Jawatankuasa Penasihat/Pengurusan Sekolah; Bagi pelajar yang ibu bapanya merupakan kakitangan sekolah itu; Bagi pelajar dari Tadika MOE di bawah bidang kuasa dan terletak di dalam sekolah rendah itu
  • Fasa 2B - Bagi pelajar yang ibu bapanya telah menyertai sekolah rendah itu sebagai sukarelawan sebelum 1 Julai tahun sebelum pendaftaran Darjah 1 dan telah beri sekurang-kurangnya 40 jam perkhidmatan sukarela kepada sekolah sebelum 30 Jun tahun pendaftaran Darjah 1; Bagi pelajar yang ibu bapanya adalah ahli yang disahkan oleh gereja/puak yang berkaitan secara langsung dengan sekolah rendah itu; Bagi pelajar yang ibu bapanya disahkan sebagai ketua masyarakat aktif
  • Fasa 2C - Bagi pelajar yang belum berdaftar pada mana-mana sekolah rendah
  • Fasa 2C Tambahan - Bagi pelajar yang belum berdaftar pada mana-mana sekolah rendah setelah Fasa 2C
  • Fasa 3 - Bagi pelajar antarabangsa



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >