Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 penduduk dipindah lepas flat tingkat 11 Telok Blangah terbakar

Aug 03, 2022 | 06:51 PM



SEKITAR 50 penduduk terpaksa dipindahkan pagi tadi (3 Ogos) selepas api menjilat sebuah flat tingkat 11 di Telok Blangah.



Kira-kira 11.40 pagi tadi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai satu kebakaran di Blok 92B Telok Blangah Street 31.







Setibanya di sana, pegawai SCDF mendapati api sedang marak dan asap hitam tebal keluar dari sebuah flat di tingkat 11.



Menurut SCDF, anggota bomba dari Balai Bomba Alexandra terpaksa memecah masuk ke dalam unit itu dan memadamkan api menggunakan dua jet air.







Akibat kebakaran itu, seluruh flat tersebut terjejas oleh kerosakan daripada haba dan asap.



Menurut SCDF, seorang individu didapati terhidu asap tebal itu namun enggan dibawa ke hospital.







“Kira-kira 50 penduduk blok terjejas dipindahkan oleh polis dan SCDF sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.



Punca kebakaran sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >