Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,500 flat baru akan ditawar dalam projek peningkatan semula Tanglin Halt

Antara estet perumahan tertua S’pura, ciri-ciri sejarah estet akan dikekalkan
Oct 19, 2023 | 04:10 PM



Sebanyak 5,500 flat baru akan ditawarkan di estet Tanglin Halt, salah satu tapak perumahan awam tertua di Singapura, apabila ia dibangunkan semula.

Jumlah ini termasuk projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Tanglin Halt Cascadia, yang dilancarkan untuk dijual dalam sesi jualan Oktober ini, bersama dengan projek BTO kedua yang dijadualkan untuk pelancaran tahun hadapan.

Estet Tanglin Halt yang baru dikatakan seluas 31 hektar – menyamai kira-kira 58 padang bola sepak.

Antara kemudahan baru yang akan dibangunkan ialah pusat penjaja, pasar dan poliklinik bersepadu yang semuanya di bawah satu bumbung, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan media.

Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, mengumumkan projek tersebut di Forum Penglibatan Profesional dan Perkongsian Ilmu (Peak) HDB pada Khamis.

Demi mengurangkan gangguan kepada pemilik gerai di Pasar Tanglin Halt, Pembangunan Tanglin Halt Bersepadu akan dijalankan dalam dua fasa.

Fasa pertama akan bermula dalam separuh kedua 2024, dan akan berlangsung di bekas tapak Pusat Makanan Commonwealth Drive.

Setelah fasa pertama selesai dan pemilik gerai telah berpindah ke pembangunan bersepadu yang baru, fasa kedua akan bermula di tapak Pasar Tanglin Halt.

Kedai dan kemudahan masyarakat untuk memenuhi keperluan harian penduduk juga akan disediakan berdasarkan cadangan bekas penduduk, penyewa kedai dan gerai di Tanglin Halt melalui satu temu bual yang dijalankan oleh HDB.

Ini merupakan usaha untuk mengekalkan sejarah dan warisan Tanglin Halt, walaupun ia melalui perubahan.

“Sebagai sebuah estet yang lebih tua, Tanglin Halt menyimpan kenangan terindah untuk ramai penduduk. Sebagaimana kita memperkenalkan ciri baru untuk menyegarkan estet ini, kami juga akan memastikan kekayaan warisan dan kehijauan estet ini dikekalkan.

“Kami akan melaksanakan rancangan pembangunan semula dengan peka dan berusaha memelihara sebanyak mungkin sejarah dan warisan Tanglin Halt,” kata Encik Tan semasa forum tersebut.

Selain itu, sebuah taman akan dibina sepanjang laluan antara Stesen MRT Commonwealth dengan Rail Corridor, demi memudahkan penduduk beriadah dan berbasikal.

Commonwealth Drive juga akan diubah semula, dengan jalan sedia ada diubah menjadi zon mesra pejalan kaki yang dilengkapi dengan laluan khas berbasikal dan pejalan kaki.

Rancangan pembangunan semula ini bertujuan mengekalkan dan meningkatkan sebanyak boleh kehijauan yang sedia ada untuk membolehkan penduduk menikmati kehidupan berdekatan dengan alam semula jadi.

Sebuah taman baru juga akan dibina berhampiran Rail Corridor untuk berfungsi sebagai ruang awam dan tempat rehat orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >