Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB bakal bina 7,000 rumah flat di estet Bayshore

Kediaman baru tepi laut turut sediakan flat sewa dan 3,000 perumahan privet
Oct 16, 2023 | 08:45 PM



Kira-kira 10,000 rumah bakal didirikan di bawah Pelan Induk Bayshore – sebuah kawasan kediaman baru di tepi laut yang menawarkan 70 peratus, atau 7,000 unit, perumahan awam, termasuk flat sewa, dan baki 3,000 unit perumahan privet.

Dua projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di estet baru itu dijangka dilancarkan pada 2024. Ia akan merangkumi kira-kira 1,400 flat.

Perkembangan terbaru ini diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di Majlis Anugerah HDB di Marina Bay Sands pada Isnin.

Kawasan perumahan Bayshore ini terletak dalam kawasan merangkumi Upper East Coast Road, Bayshore Road dan East Coast Parkway dan seluas 60 hektar – menyamai kira-kira 112 padang bola sepak – dan terletak di atas tanah tambak.

Memandangkan lokasinya yang menarik dan berdekatan pelbagai kemudahan, projek Bayshore akan menjadi projek flat jenis Plus.

“HDB akan memberikan lebih banyak subsidi untuk flat Plus, supaya ia lebih dimampui oleh lebih ramai keluarga,” kata Encik Lee.

Namun, tempoh penginapan minimum 10 tahun bagi projek itu akan memihak pada pembeli yang mahu menetap untuk jangka masa panjang serta tidak menggalak mereka yang mahu jual beli rumah dan berpindah secepat mungkin.

Menurut satu kenyataan HDB yang dikeluarkan pada Isnin, pembangunan perumahan awam baru ini akan bermanfaat kepada kedua-duanya, penduduk sedia ada di Bedok dan Bayshore serta bakal penduduk baru.

Keluarga kali pertama boleh tinggal lebih dekat dengan ibu bapa mereka yang tinggal di Bedok untuk menjaga mereka, manakala warga emas yang tinggal di kawasan sekitar dan ingin berpindah ke rumah saiz lebih kecil akan mendapat pilihan pindah ke rumah dua bilik baru di Bedok.

Ia juga akan menjadi kawasan kejiranan yang siap dengan pelbagai kemudahan yang menggalakkan kurang penggunaaan kenderaan.

“Penduduk akan mempunyai akses mudah ke dua stesen MRT akan datang, Bayshore dan Bedok South, yang akan berjalan di sepanjang Laluan Thomson-East Coast.

“Terdapat juga rangkaian laluan jalan kaki dan basikal yang menghubungkan Bedok Town dan East Coast Park,” kata Encik Lee.

Sebuah jalan baru, Bayshore Drive, akan dipenuhi dengan pelbagai kemudahan, seperti pusat beli-belah baru, pasar raya, kedai makan dan kemudahan rekreasi untuk penduduk.

Sebahagian daripada Bayshore Drive, sepanjang 400 meter, juga akan ditetapkan sebagai Koridor Keutamaan Transit (TPC), yang disepadukan dengan laluan khusus bas, laluan pejalan kaki, laluan khusus basikal dan turapan tertutup lebih luas bagi memastikan laluan lebih mesra dan selamat untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Penduduk Bedok juga boleh menantikan sebuah taman pusat baru seluas tiga hektar, di tengah-tengah Bayshore serta sebuah taman baru di sepanjang pinggir estet Bayshore.

Selaras dengan visi Singapura sebagai sebuah bandar hijau dan mampan, HDB juga akan memasang panel suria di bumbung dan sistem pengangkutan sisa pneumatik – sistem yang mengumpulkan dan mengurus sisa atau debu yang dihasilkan oleh pemindahan udara – dalam dua projek perumahan pertama.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran Bayshore di Hab HDB dari 19 Oktober hingga lewat 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >