Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

6 dilantik ke lembaga pengarah SPH Media Holdings

Feb 25, 2022 | 02:20 PM

LEMBAGA pengarah SPH Media Holdings, yang menyelia aspek korporat dan operasi Kumpulan Media SPH, telah melantik enam pengarah baru.

Mulai 1 Mac, lembaga itu akan merangkumi ketua eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari; penasihat eksekutif OUE Limited, Encik Lee Yi Shyan; dan naib pengerusi bank global untuk Asia Tenggara di HSBC Singapura, Encik Philip Lee.

Ketua bersama penggabungan dan pengambilalihan korporat Allen & Gledhill, Cik Lim Mei;

rakan niaga pengurusan (Singapura dan Brunei) firma runding cara perniagaan dan perakaunan Ernst & Young, Encik Max Loh; dan rakan kongsi kanan di firma pengambilan eksekutif Egon Zehnder, Cik Elaine Yew, turut dilantik.

SPH Media Trust (SMT) mengumumkan pelantikan itu pada Jumaat (25 Feb). 

Dalam kenyataannya SMT, pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan, berkata pengarah baru itu akan membawa pelbagai pandangan dan kepakaran kepada lembaga pengarah.

“Kepimpinan dan pengalaman luas daripada para pengarah yang terbukti dalam pembangunan strategik, kewangan korporat dan peng awasan kewangan mereka amat berharga bagi usaha kami untuk membimbing transformasi digital kami dan berkembang sebagai organisasi media yang dipercayai dan dalam membimbing transformasi digital,” kata beliau.

SMT menerbitkan akhbar Berita Harian dan lain-lain penerbitan, antaranya The Straits Times, Lianhe Zaobao dan Tamil Murasu.

Pengarah-pengarah yang baru dilantik itu akan bekerjasama dengan Encik Khaw; timbalan pengerusi, Cik Teo Lay Lim; dan pengarah, Encik Patrick Daniel.

Sementara itu, Cik Teo Lay Lim akan mengambil alih jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Media SPH mulai 1 Mac ini.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3