Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 masuk hospital selepas wabak gastroenteritis di 3 prasekolah MindChamps

May 31, 2023 | 02:18 PM



Enam orang telah dimasukkan ke hospital berikutan wabak gastroenteritis di prasekolah MindChamps di Lapangan Terbang Changi, Tanglin dan Bishan.

Seramai 89 orang - 79 kanak-kanak dan 10 kakitangan - dilaporkan mengalami gejala gastroenteritis selepas makan makanan yang disediakan oleh Nosh Cuisine antara 17 dan 29 Mei, menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan, Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak pada petang Selasa.

Kata pihak berkuasa, mereka yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil, manakala mereka yang lain telah mendapatkan rawatan pesakit luar, ubatan sendiri, atau pulih tanpa rawatan.

Wabak di prasekolah Tanglin menjejas45 kanak-kanak dan lima guru, manakala 28 kanak-kanak dan lima kakitangan di prasekolah MindChamps di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan enam kanak-kanak di prasekolah MindChamps di Bishan telah jatuh sakit.

SFA telah menggantung operasi perniagaan makanan Nosh Cuisine sejak Selasa sehingga dimaklum lebih lanjut, memandangkan penularan disyaki masih berterusan.

Syarikat katering itu dikehendaki membersihkan dan mensanitasikan premisnya di MacPherson, termasuk kesemua peralatan dan perkakas, serta membuang semua makanan sedia makan dan bahan makanan mudah rosak.

Semua pengendali makanan dan pegawai kebersihan makanan yang dilantik perlu menghadiri semula dan lulus kursus keselamatan makanan yang relevan sebelum mereka dibenarkan sambung bekerja.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian di ketiga-tiga prasekolah itu.

Sebagai respons kepada pertanyaan daripada The Straits Times, jurucakap MindChamps berkata prasekolah yang bekerjasama dengan Nosh Cuisine telah membuat aturan makanan alternatif dan ibu bapa telah dimaklumkan mengenai situasi itu.

“Kami amat bersimpati dengan kanak-kanak dan keluarga yang terjejas dan memohon maaf seikhlasnya atas kejadian malang ini. Sungguh melegakan apabila mengetahui bahawa ramai anak-anak kita yang terjejas sudah kembali sihat dan balik bersekolah,” ujar jurucakap itu.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk melakukan apa sahaja untuk meringankan keadaan ini.”

Cik Emily, 38 tahun, berkata anak perempuannya, dua tahun, yang bersekolah di prasekolah MindChamps di Tanglin, dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK pada Jumaat lalu setelah mengalami demam panas setinggi 40.9 darjah selsius dan cirit-birit berdarah.

Ujian hospital menunjukkan bahawa anak perempuannya telah dijangkiti salmonella. Pada mulanya, doktor enggan memberi antibiotik kerana usianya yang masih muda, tetapi ubat itu terpaksa diberikan akhirnya apabila anak kecil itu tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan. 

Cik Emily berkata dia menghargai langkah prasekolah untuk memaklumkan ibu bapa tentang perkembangan wabak itu. Namun, tambahnya, jika makanan tercemar menjadi punca, maka semakan perlu dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >