Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 warga Singapura antara 14 suspek yang diberkas dalam serbuan sindiket dadah

Feb 25, 2018 | 04:12 PM



Biro Narkotik Pusat (CNB) dan pihak berkuasa Malaysia membuat serbuan ke atas sindiket dadah serantau dan memberkas 14 anggota yang disyaki terlibat, termasuk enam warga Singapura. 



Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, CNB berkata bahawa siasatan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Polis Diraja Malaysia berlangsung sejak Januari tahun ini. 



Sindiket dadah yang disyaki itu dipercayai membekalkan dadah di Malaysia dan negara-negara serantau. 



Beberapa anggota sindiket tersebut dipercayai warga Singapura yang terlibat dalam aktiviti jenayah dadah di Malaysia, menurut kenyataan itu. 



CNB dan NCID bekerjasama rapat untuk mendedahkan rangkaian sindiket tersebut dan modus operandi mereka. 



Para pegawai merampas sekitar 12.8 kilogram Ice, 955 gram ketamine, 4,333 pil Ecstasy, 200 pil Erimin-5, wang tunai bernilai $8,000 dan RM5,000 ($1,680) serta lima kereta. 



Secara keseluruhan, tujuh warga Malaysia, enam warga Singapura dan seorang warga Thai diberkas. 



Keenam-enam warga Singapura itu terdiri daripada lelaki dan wanita berusia antara 30 hingga 65 tahun. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >