Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

60 pemandu ComfortDelGro dapat latihan guna AED, beri bantuan kecemasan

aed
Aug 27, 2021 | 05:30 AM



APABILA serangan jantung berlaku dalam perjalanan dalam teksi, perasaan cemas tentu dirasakan penumpang dan pemandu.



Kini, 50 pemandu teksi dan 10 pemandu bas mini MedCare syarikat ComfortDelGro mempunyai keupayaan membantu penumpang apabila kejadian cemas itu berlaku.



Ini kerana kenderaan mereka dilengkapi defibrilator luaran automatik (AED), kit bantuan kecemasan dan juga alat pemadam api yang disediakan oleh ComfortDelGro.



Kesemua 60 pemandu itu telah menjalani latihan untuk memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), menggunakan alat pertolongan cemas, alat pemadam api dan AED di bawah Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP) oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Sesi latihan itu mengambil masa sekitar empat jam.



Ini program keempat AED-on-Wheels dan kali ini SCDF bekerjasama dengan ComfortDelgro.



Program terbaru itu dilancarkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Dalam ucapannya di majlis pelancaran di ibu pejabat ComfortDelGro di Braddell Road, Dr Faishal berkata pemandu yang menjadi sebahagian program ini boleh membawa perbezaan penting dalam kehidupan orang lain.



"Respons cepat kepada kecemasan perubatan serangan jantung boleh membezakan antara hidup dan mati.



"Bagi setiap minit yang diselamatkan, peluang bagi individu itu hidup meningkat sebanyak 7 hingga 10 peratus," ujar beliau, sambil menambah bahawa ini tunggak penting kerana ia dapat menyelamatkan nyawa dan membawa kebahagiaan kepada individu dan keluarga.



Sejauh ini, terdapat 150 pemandu dalam program itu dan dan mereka telah respons dalam 167 kes serangan jantung.



Menurut Dr Faishal lagi, lebih 96,000 orang telah mendaftarkan di aplikasi myResponder dan mereka telah respons dalam 67 peratus kes di aplikasi tersebut.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Privet Mobiliti ComfortDelGro, Encik Jackson Chia, berbesar hati 60 pemandu teksi dan unit MedCare menjadi relawan program itu.



"Pemandu kami sentiasa di jalan raya dan mereka boleh respons kepada situasi kecemasan yang memerlukan AED," katanya.



Antara yang menyertai program itu ialah Encik Irmansah Azir, 37 tahun, yang telah enam tahun bekerja sebagai pemandu teksi.



Menurut Encik Irmansah, kali terakhir beliau mengikuti kursus bantuan kecemasan ialah ketika menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



"Saya rasa ini adalah peluang baik untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang keselamatan, dan pada masa sama, saya dapat pelajari bagaimana peralatan kecemasan dahulu dan sekarang telah berubah," ujarnya, yang tidak teragak-agak menyertai program itu.



"CPR paling penting kerana saya telah lihat depan mata sendiari macam mana ia dapat menyelamatkan nyawa.



"Jadi dengan mempelajari CPR dengan menggunakan AED, saya dapat sediakan diri saya untuk masyarakat apabila diperlukan dan juga untuk keluarga jika apa-apa berlaku.



"Saya sudah tahu cara menggunakan peralatan itu," tambah Encik Irmansah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >