Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

60 tapak dikenal pasti bagi projek ubah jalan raya

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 60 tapak sekitar Singapura telah dikenal pasti untuk projek mengubah jalan raya menjadi laluan pejalan kaki, berbasikal atau laluan bas.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kini dalam perbincangan dengan anggota masyarakat berkaitan lima daripada 60 projek itu, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, di perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam.



Sementara itu, LTA akan mula mengubah tempat letak kereta sepanjang Havelock Road untuk menjadi laluan pejalan kaki, sebagai sebahagian daripada percubaan untuk meluaskan laluan pejalan kaki di sana.



Ini menyusuli program untuk menukar jalan raya di sebelah Kampung Admiralty untuk menjadi laluan pejalan kaki.



Selain itu, LTA juga akan mempertingkat ruang pejalan kaki di kawasan bandar, termasuk untuk menutup jambatan Anderson daripada kenderaan, kata Dr Khor.



Bentuk jalan raya di kawasan seperti Sembawang, Bishan-Toa Payoh, Tanjong Pagar dan Jalan Besar juga akan diubah secara perlahan, tambahnya.



Beliau memberikan respons kepada saranan dari Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol), Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) untuk mempertingkat infrastruktur bagi kededua laluan pejalan kaki dan berbasikal.



Sebelum memulakan projek-projek ini, LTA akan meminta pandangan penduduk, sukarelawan akar umbi, majlis bandaran dan perniagaan tempatan untuk mengenal pasti peningkatan yang boleh dilakukan, kata Dr Khor.



Pandangan ini akan membentuk perincian projek, termasuk sepanjang mana laluan yang perlu diubah, bila kerja-kerja peningkatan infrastruktur akan bermula, dan sama ada projek ini sesuai untuk diteruskan.



Memberikan responsnya kepada Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Cik Cheng Hsing Yao, yang bertanyakan tentang rancangan LTA untuk memastikan kawasan bersejarah Singapura dilengkapi kemudahan berjalan kaki, Dr Khor berkata ramai warga Singapura telah mengutarakan keinginan mereka untuk melihat lebih banyak ruang berjalan kaki di Daerah Bandar, dan LTA boleh melanjutkan usaha itu.



Ruang pejalan kaki yang akan dibina di sisi jambatan Anderson dan sebahagian daripada St Andrew's Road, serta sekatan kenderaan sepanjang kawasan Parliament Place, Old Parliament Lane dan Connaught Drive, telah membolehkan orang ramai berjalan kaki dari Old Parliament House ke Taman Esplanade, tambah Dr Khor.



Menyentuh tentang projek mengubah jalan raya di Havelock Road, Dr Khor berkata penduduk, sukarelawan akar umbi dan pemilik perniagaan tempatan di estet matang itu meminta supaya laluan pejalan kaki yang lebih luas diadakan di kawasan itu.



Menurut LTA, ruang pejalan kaki di depan rumah kedai sepanjang laluan antara 715 dan 745 Havelock Road ada kalanya terlalu sempit bagi lalu lintas pejalan kaki, terutama sekali semasa waktu sibuk.



Jalan raya itu akan diubah dalam fasa berbeza, tambahnya.



Ruang letak kereta di tepi jalan juga akan dipindahkan dan balang berisi air akan diletakkan disana untuk mengubah bentuk jalan tersebut buat sementara selama beberapa bulan.



Perubahan terhadap jalan raya itu akan dikekalkan hanya jika ia mendapat sambutan dari masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >