Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

68 pegawai SCDF pulang dari misi menyelamat di Turkey, disambut meriah

Feb 18, 2023 | 09:06 AM



Rombongan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) seramai 68 orang yang dihantar ke Turkey untuk membantu operasi menyelamat mangsa gempa disambut dengan sorakan dan tepukan setibanya  di Lapangan Terbang Changi pada dinihari 18 Februari.



Operasi 10 hari itu, yang dinamakan Operasi Lionheart, bermula pada 8 Februari - selang dua hari gempa sekuat 7.8 di skala Richter menggegarkan kota Kahramanmaras - apabila pasukan 20 pegawai dihantar ke sana.



Menyusuli itu, pasukan kedua, yang dianggotai 48 pegawai dan empat anjing penyelamat dari unit K-9 SCDF tiba di sana pada 10 Februari dengan membawa peralatan tambahan, bekalan perubatan serta alat sokongan perhubungan dan logistik.



Dalam tempoh operasi itu, pasukan SCDF menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan seorang lagi lelaki dari bangunan yang runtuh, serta membantu mencari dan membawa keluar mangsa dari beberapa tapak runtuhan. Ia juga memberi sumbangan bekalan kepada pasukan penyelamat di Turkey.



Pada pagi 18 Februari, lebih 400 anggota keluarga dan rakan menanti pasukan SCDF dengan membawa bunga, kain rentang dan poster.



Sekitar 50 warga Turkey yang menetap di Singapura juga hadir, membawa bendera kededua negara Singapura dan Turkey serta bunga. 



Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang turut berada di lapangan terbang untuk menyambut rombongan Operasi Lionsheart itu berkata SCDF telah membina keupayaan sejak pasukan itu ditubuhkan pada 1990.



“Kami bersetuju dengan serta-merta apabila diminta menghulur bantuan pada 6 Februari,” kata beliau.



Encik Shanmugam mengucapkan terima kasih kepada pasukan SCDF kerana bekerja keras dalam keadaan cuaca buruk. Cuaca di sana sekitar 5 darjah Celsius pada siang hari dan sekitar -3 darjah Celsius di sebelah malam.



“Saya, seperti warga Singapura yang lain berbangga atas semangat dan sumbangan anda walaupun dalam keadaan yang amat sukar… dan anda berkhidmat dalam sekitaran di mana ada risiko bangunan lain runtuh, tinggal dalam khemah dan tidur di atas lantai menggunakan ‘sleeping bag’. Kami, warga Singapura, mengucapkan terima kasih… selamat pulang,” kata Encik Shanmugam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >