Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7,000 isi rumah akan terima set baucar RLAF

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 7,000 isi rumah akan menerima set baucar bagi sajian harian serta keperluan barangan dapur mereka di bawah projek "Blessings to All" Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).



Projek tersebut dijangka membawa keceriaan kepada keluarga dan individu rentan.



RLAF berkata menyusuli projek Buka Puasa SGUnited pada 2020, serta projek Blessings to All pada 2021 dan 2022, RLAF sekali lagi akan teruskan usaha bermakna ini.



RLAF juga menggesa masyarakat untuk sama-sama berkongsi rahmat sempena Ramadan bagi keluarga dan individu rentan daripada pelbagai bangsa, kepercayaan atau latar belakang.



Tahun ini RLAF menyasarkan mengumpul $240,000 menerusi platform www.giving.sg mulai 21 Mac hingga 21 April yang akan menyediakan sejumlah 7,000 set baucar Blessings to All.



Projek Blessings to All ini dijalankan dengan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kumpulan Keharmonian Kaum, dan pertubuhan keagamaan.



Para pegawai dan relawan akan dikerah sepanjang hujung minggu semasa Ramadan di pelbagai pusat pengagihan di serata pulau.



"Menerusi penyertaan relawan dan penerima bantuan daripada latar belakang berbeza, RLAF menyasarkan untuk menyatukan orang ramai serta menghasilkan sifat perpaduan menerusi amalan memberi kembali dan membawa perbezaan positif dalam kehidupan mereka yang amat memerlukan.



"Dalam melakukannya, yayasan ini ingin menggalak semangat dan budaya memberi, menjaga dan belas kasihan menerusi empati dan pemahaman kepada yang lain, mengukuhkan kesyukuran dan menyediakan sifat syukur dalam semangat Ramadan," kata kenyataan itu lagi.



RLAF akan menjalankan pungutan derma secara dalam talian menerusi pelbagai platform bermula 21 Mac hingga 21 April, untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan keperluan mereka.



Orang ramai boleh membuat sumbangan bagi baucar Blessings to All menerusi saluran dalam talian atau dengan memberi cek kepada:



a. PayNow - masukkan UEN: 200910530Z milik RLAF, dan catitkan 'BTA2023' pada kenyataannya.



b. Giving.SG - kempen di giving.sg/rlafoundationsg/blessingstoall2023



c. Muslim.SG - RLAF - Blessings to All 2023



d. Pindahan antara bank menerusi RLAF (Rahmatan lil Alamin Foundation) - kepada OCBC Current Account di a/c no: 629069154001



e. Beri cek berbayar kepada 'RLAF'. Catitkan di belakang cek, nama, nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor UEN syarikat penderma sekiranya inginkan potongan cukai bagi derma.



Catitkan "Blessings to All 2023". Hantar cek kepada RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >