Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

71,000 warga manfaat SG Cares sejak empat tahun lalu: MCCY

Apr 22, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 71,000 penduduk telah menerima manfaat menerusi sebuah program relawan pemerintah sejak ia dilancarkan sekitar empat tahun lalu, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Program SG Cares itu, antara lain bertujuan memperluas dan memenuhi keperluan sosial penduduk di sini menerusi usaha sukarela ujar MCCY dalam kenyataannya semalam.



Ini sebahagiannya dilakukan menerusi pusat relawan SG Cares yang telah dibentuk di estet kejiranan di serata Singapura seperti di Geylang, Jurong East, Bedok, Woodlands dan Toa Payoh.



Sejak 2018, pusat-pusat relawan itu telah berkhidmat kepada penduduk di semua 24 bandar di sini, menyediakan bantuan dalam pelbagai bidang seperti pembelajaran bagi kanak-kanak, terapi, kursus bagi memperkukuh hubungan antara ahli keluarga dan mempertingkat kemahiran kerja.



Semalam, MCCY merasmikan pusat terkini di Yishun, menjadikannya sebanyak 14 pusat serupa yang kini sedang beroperasi.



Bercakap di acara perasmian itu semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata Pusat Relawan SG Cares menawarkan sebuah platform bagi warga dan mereka daripada sektor awam dan privet untuk berganding bahu dan menyumbang kepada masyarakat.



"Pandemik (Covid-19) ini telah menjejas teruk golongan yang memerlukan. Pada masa yang sama, terdapat keinginan yang hebat dalam kalangan warga Singapura untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik," tambah beliau.



"Pusat Relawan SG Cares baru di Yishun itu akan memperluas dan menyatupadukan usaha berkolaborasi antara agensi perkhidmatan sosial, sektor korporat, kumpulan ground-up, akar umbi serta rakan masyarakat untuk menawarkan sokongan yang berkesan bagi penduduk kami."



Pusat relawan terkini di Yishun itu akan dikendalikan oleh CampusImpact, sebuah agensi khidmat sosial.



Bercakap kepada Berita Harian (BH), pengarah eksekutif CampusImpact Cik Elysa Chen berkata pusat relawan at Relawan yang terletak di Blok 151 Yishun Street 11 itu menawarkan khidmatnya kepada sekitar 150 penerima dan ia mempunyai seramai 75 relawan.



Antara program yang ditawarkan ialah program belajar bersama atau Study Buddy - satu kolaborasi dengan rangkaian relawan belia tempatan, Heartware Network - yang mana relawan memberi bantuan akademik dan sosial kepada pelajar berusia 7 hingga 14 tahun.



Cik Chen berkata selain program itu juga termasuk program terapi seni, kursus pengurusan keluarga untuk ibu bapa dan ia turut bekerjasama dengan sebanyak 20 rakan masyarakat lain untuk memperluas usahanya menerusi pelbagai projek masyarakat.



"Inilah salah satu caranya untuk mengekalkan usaha sukarela, agar ia menjadi lebih berkesan dan lebih bermakna... kami berharap untuk memperluas usaha kami kepada seluruh Yishun dan itu sasaran kami dan kami akan cuba mencapainya," kata Cik Chen lagi.



Timbalan Setiausaha di MCCY Dr Ang Hak Seng berkata pusat relawan SG Cares itu merupakan antara usaha utama bagi membina dan menyatupadukan sebuah ekosistem kerelawanan yang berkesan.



"Ini akan memberi kesan yang berganda dengan menyumbang kepada keupayaan kerelawanan yang lebih mapan serta program yang lebih diselaraskan untuk memenuhi keperluan (penduduk) dengan lebih berkesan."



Dalam pada itu, MCCY berkata secara keseluruhan, program SG Cares telah berjaya mendekati lebih 10,000 relawan, membangunkan seramai 400 pemimpin relawan dan membina sebanyak 175 perkongsian.



Salah seorang relawan yang ditemui ialah Cik Lilian Chua, 60 tahun yang membantu kanak-kanak dalam pelajaran mereka di pusat relawan di Yishun itu sejak Oktober lalu.



Selain menjadi relawan di pusat itu, Cik Chua, seorang pesara dari sektor teknologi maklumat itu juga berkata beliau mempelajari bagaimana untuk menguruskan sumber relawan dalam mengendalikan operasinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >