Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

712 klinik keluarga sertai SG Lebih Sihat: Ye Kung

Termasuk klinik kumpulan klinik utama, kebanyakan klinik skim rangkaian jagaan asas
Apr 06, 2023 | 05:30 AM



SEJUMLAH 712 klinik keluarga (GP) telah menyertai inisiatif SG Lebih Sihat sejak pendaftaran bagi klinik sedemikian bermula pada Mac, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Ini daripada 1,200 klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) di sini, kata beliau dalam pos sosial media pada Rabu.



Encik Ong berkata klinik yang kini menyertai SG Lebih Sihat termasuk klinik di bawah kumpulan klinik utama, seperti Raffles Medical Group dan Healthway Medical Group, serta kebanyakan klinik dalam skim rangkaian penjagaan asas (PCN) yang membolehkan doktor bergabung sumber.



Ini termasuk PCN Class, yang mewakili 68 doktor dan 55 klinik.



Program SG Lebih Sihat dijadual bermula Julai ini, bermula dengan warga kumpulan usia sekurang-kurangnya 60 tahun.



Ia menggalak penduduk mendaftarkan dengan klinik GP, yang mengetahui keadaan kesihatan mereka dengan lebih baik dan boleh bekerjasama dengan mereka untuk menerapkan amalan jagaan pencegahan dalam gaya hidup masing-masing.



Skim itu juga membolehkan penduduk yang berdaftar mendapatkan antara lain, pemeriksaan kesihatan tahunan dan vaksinasi yang disarankan pada peringkat nasional.



Klinik GP dianggap kunci bagi matlamat SG Lebih Sihat dan tumpuan hebat telah diberikan kepada usaha melibatkan mereka dalam strategi jagaan pencegahan, kata Encik Ong.



Beliau menambah bahawa pihak berkuasa sedang memberi sokongan kepada klinik GP untuk menyertai inisiatif itu dan antara lain, sedang menyediakan geran bagi klinik tersebut menjalani peningkatan teknologi maklumat dan peruntukan bagi bayaran khidmat tahunan untuk setiap penduduk yang mendaftar ke SG Lebih Sihat menerusi klinik keluarga masing-masing.



Kementerian Kesihatan (MOH) secara aktif mendapatkan pandangan klinik GP berhubung usaha itu, termasuk menerusi seminar fizikal dan dalam talian.



"Baru-baru ini, kami mengadakan pertemuan town hall yang dihadiri lebih 600 klinik keluarga. Kami memperoleh banyak maklum balas dan telah menyesuaikan skim ini supaya ia lebih selaras dengan apa yang boleh diusahakan oleh mereka," kata Encik Ong, yang menambah bahawa perkembangan itu amat menggalakkan.



"Bagi pihak MOH, saya mengucapkan terima kasih kepada klinik keluarga kita kerana menyokong dasar nasional yang penting ini, yang akan mengubah secara asas landskap kesihatan dan menaikkan peranan klinik keluarga dan jagaan asas."



"Sedang kami berusaha memulakan pendaftaran pada Julai ini, saya berharap lebih ramai akan menyertai insiatif ini," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >