Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

750 pelawat telah divaksin dibenarkan masuk S'pura

CAAS berkata 735 pengunjung dari Jerman, 20 pengunjung dari Brunei terima pas perjalanan menerusi Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL)
Sep 03, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 750 orang telah mendapat kelulusan masuk ke Singapura di bawah skim baru bagi pengunjung yang sudah divaksin, pada hari pertama selepas permohonan dibuka.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengatakan bahawa sehingga 11.59 malam Selasa lalu, 735 pengunjung dari Jerman - yang merangkumi 301 pengunjung jangka pendek dan 434 pemegang pas jangka panjang - menerima pas perjalanan mereka menerusi Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL).



Kelulusan juga diberikan bagi 20 pengunjung dari Brunei - yang terdiri daripada 18 pengunjung jangka pendek dan dua pemegang pas jangka panjang.



Pengunjung ini memohon mahu membuat perjalanan ke Singapura antara 8 September dengan 7 Oktober.



Penerbangan pertama VTL dari Jerman akan tiba pada 8 September, sementara penerbangan pertama dari Brunei akan tiba pada 9 September.



Skim VTL akan membolehkan pengunjung yang divaksin sepenuhnya, termasuk pelancong, untuk terbang ke Singapura dari Jerman dan Brunei tanpa perlu menjalani kuarantin.



Sebaliknya, mereka akan mengambil beberapa ujian Covid-19 dan terbang menaiki pesawat tertentu, antara langkah berjaga-jaga lain yang ditetapkan.



Singapura juga telah mengemaskinikan nasihat perjalanannya untuk membenarkan perjalanan ke negara ini.



Brunei masih menghentikan perjalanan percutian akibat pandemik, tetapi Jerman sebelum ini telah secara sepihak membuka sempadannya kepada Singapura.



Ini bermakna penduduk Singapura yang divaksin sepenuhnya boleh membuat perjalanan ke Jerman menaiki mana-mana pesawat dan pulang menaiki pesawat tertentu VTL mulai 8 September, untuk menikmati perjalanan percutian tanpa kuarantin.



Warga dan penduduk tetap Singapura yang divaksin sepenuhnya tidak perlu memohon untuk Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin di bawah skim baru itu.



Pengarah besar CAAS Encik Han Kok Juan berkata VTL "akan dimulakan secara berhati-hati".



"Ini akan membolehkan kami menimba pengalaman dan membina keyakinan sedang kita terus membuka sempadan kita dan berhubung kembali dengan dunia dalam cara yang berjaga-jaga dan bertahap-tahap," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >