Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN GCE PERINGKAT 'N'

78% berjaya ke menengah 5, prestasi terbaik sejak 2009

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR empat dalam lima pelajar aliran Normal (Akademik) berjaya melangkah ke menengah lima tahun depan, prestasi terbaik dalam peperiksaan GCE peringkat 'N' sejak 2009.



Keputusan yang dikeluarkan semalam menunjukkan 77.7 peratus pelajar Normal (Akademik) yang menduduki peperiksaan itu tahun ini berjaya maju ke peringkat 'O' tahun depan.



Ini merupakan bilangan paling tinggi sejak semakan kriteria promosi.



Sekitar 7,240 daripada 9,321 pelajar menengah empat Normal (Akademik) meraih agregat tidak lebih 19 mata dalam Bahasa Inggeris, Matematik serta tiga subjek terbaik dan sekurang-kurangnya gred 5 bagi kesemua subjek yang digunakan dalam menentukan keputusan bagi lima subjek.



Sebelum semakan pada 2009, pelajar Normal (Akademik) perlu meraih agregat tidak lebih 10 mata bagi tiga subjek terbaik dan sekurang-kurangnya gred 5 dalam Bahasa Inggeris untuk melangkah ke menengah lima.



Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata pelajar yang menduduki peperiksaan Normal (Teknikal) juga mencapai prestasi lebih baik daripada tahun-tahun lalu.



Daripada 4,156 pelajar yang menduduki kertas itu, 98.5 peratus lulus tahun ini, kadar kelulusan tertinggi sepanjang dekad.



Hampir setiap pelajar aliran Normal (Akademik) lulus, iaitu 99.7 peratus - peratusan tertinggi dalam masa enam tahun.



Kali terakhir kadar kelulusan sedemikian dicapai ialah pada 2014.



Selain itu, 43.2 peratus pelajar Normal (Akademik) menduduki subjek peringkat 'O' tahun ini.



Keputusan mereka akan dikeluarkan bulan depan dan sekolah akan menimbangkan gabungan keputusan peringkat 'N' dan prelim peringkat 'O' yang dijalankan di sekolah bagi menentukan kelayakan bagi menengah lima atau laluan posmenengah yang sesuai.



Pelajar menengah empat Normal (Akademik) yang meraih agregat tidak lebih 19 mata dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan tiga subjek terbaik boleh memohon Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).



Di bawah program itu, pelajar yang tamat pengajian kursus Nitec Lanjutan selama dua tahun di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan meraih gred mata purata (GPA) kelayakan minimum dijamin tempat dalam kursus diploma politeknik.



Seperti dua tahun lalu, sekitar 1,200 tempat DPP telah ditawarkan merentasi tiga kolej ITE. Permohonan telah dibuka semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >