Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDIAKAN LEBIH BANYAK RUANG SOLAT DI MASJID SECARA SELAMAT

$7j dikumpul bagi masjid lewat Ourmasjid.sg

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



SEJAK dilancarkan pada April tahun lalu, portal derma Ourmasjid.sg telah mengumpulkan lebih $7 juta bagi masjid di Singapura, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Wadah itu ditubuhkan untuk memudahkan masyarakat menderma kepada masjid secara selamat dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.



Dalam satu majlis penyampaian yang diadakan di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau semalam, Lembaga Pentadbir Masjid itu menerima $15,613 daripada dana yang dikumpul melalui Ourmasjid.sg.



Wang itu disampaikan oleh Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen.



Secara keseluruhan, masjid itu telah menerima sekitar $85,261.36 dalam bentuk dana yang dikumpul.



"Masjid merupakan institusi utama masyarakat dan bergantung pada derma daripada jemaah untuk membiayai kos operasi dan program.



"Operasi terhad masjid mengehad kekerapan derma yang dilakukan secara fizikal, namun dana bagi keperluan operasi tetap diperlukan kerana masjid perlu terus berkhidmat untuk masyarakat, walaupun melalui wadah digital," kata Encik Kadir.



Dengan keperluan pembersihan meningkat dan rejim nyahjangkit dijalankan demi keselamatan jemaah dan kakitangan, masjid juga memerlukan lebih banyak sokongan masyarakat.



Menurut Muis, wadah Ourmasjid.sg akan kekal sebagai pilihan utama jemaah menderma kerana derma digital ringkas dan mudah untuk menyokong masjid.



"Hari ini, sedang kita membuka masjid dalam keadaan yang selamat dan ditentukur, masjid-masjid kita meminta sokongan masyarakat yang berterusan melalui Ourmasjid.sg dan menggalak semua yang mampu supya menderma dengan murah hati melalui wadah digital demi memastikan masjid kekal beroperasi dalam keadaan selamat," menurut kenyataan Muis itu lagi.



Wadah tersebut membolehkan orang ramai menderma melalui PayNow, eNETS atau kad kredit/debit dan kini merupakan salah satu laman yang sering dikunjungi anggota masyarakat untuk menderma.



Derma dalam talian kepada masjid secara langsung boleh dilakukan melalui PayNow dan eNETS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >