Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 didakwa beri makan babi hutan di Lorong Halus

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI lapan orang didakwa di mahkamah semalam kerana memberi makanan kepada babi hutan di Lorong Halus.



Seramai 11 orang lagi akan didakwa dalam dua minggu akan datang.



Dalam satu kenyataan semalam, Lembaga Taman Negara (NParks) berkata bahawa kakitangannya yang melakukan rondaan pemeriksaan telah memerhatikan beberapa individu yang memberi makanan kepada babi hutan dengan roti atau makanan anjing di Lorong Halus antara 26 November dan 7 Disember 2020.



Kejadian tersebut melibatkan individu atau kumpulan sehingga tiga orang.



"Ini merupakan kali pertama NParks membawa begitu ramai individu ke mahkamah sejak akta itu (Akta Hidupan Liar) berkuat kuasa pada Jun tahun lalu, menandakan pendekatan yang kian serius terhadap tindakan memberi makan kepada hidupan liar," kata NParks.



Di bawah akta tersebut, pesalah kali pertama yang ditangkap memberi makanan kepada haiwan liar boleh didenda hingga $5,000 dan pesalah berulang boleh didenda hingga $10,000.



"NParks memandang serius terhadap pemberian makanan kepada hidupan liar.



"Pemberian makanan secara tidak sengaja atau membuang sisa makanan secara tidak bertanggungjawab akan mengubah tingkah laku semula jadi haiwan liar mencari makanan dan mereka akan bergantung pada manusia untuk mendapatkan sumber makanan yang mudah," kata NParks.



Ini juga menyebabkan haiwan liar untuk mendekati manusia dan pergi ke tempat awam seperti jalan raya dan menimbulkan bahaya kepada pemandu dan orang mendekati mereka jika mereka bersikap agresif.



NParks mengingatkan orang ramai untuk bertenang jika mereka terjumpa babi hutan, dan bergerak perlahan-lahan untuk menjauhi dan usah memprovokasi haiwan itu.



Sekiranya babi hutan dewasa dilihat dengan anak-anaknya, jaga jarak dan biarkan mereka bersendirian, kerana mereka berpotensi bersikap agresif dan mungkin berusaha mempertahankan anak-anak mereka, kata NParks.



Orang boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan di 1800-476-1600 untuk melaporkan sebarang penemuan babi hutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >