Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80% dari 4,500 kambing ditempah sejauh ini: SalamSG Korban

Jun 15, 2023 | 06:18 PM



Sekitar 80 peratus ekor kambing sudah ditempah untuk ibadah korban menerusi SalamSG Korban kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setakat ini.

Bagi ibadah korban yang dijalankan dalam negara pula, sekitar 85 peratus daripada 1,740 kambing yang ditawarkan sudah ditempah, menurut dua syarikat privet yang mengendalikannya tahun ini.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Pengerusi SalamSG Korban, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan berkata bahawa sebanyak 4,500 ekor kambing korban telah disediakan untuk ibadah korban tahun ini.

Menurut laman web SalamSG Korban, tempahan kambing korban di 11 masjid sudah dipenuhi.

Masjid tersebut adalah Masjid Al-Islah, Masjid Al Mukminin, Masjid Al-Mawaddah, Masjid Alkaff Kampung Melayu, Masjid Assyafaah, Masjid Darul Ghufran Masjid Darul Makmur, Masjid Darussalam, Masjid Haji Yusoff, Masjid Jamae Chulia, Masjid Kassim dan Masjid Maarof.

Namun, masyarakat Islam masih boleh membuat tempahan di masjid lain yang masih mempunyai bekalan. Secara keseluruhan, sebanyak 52 masjid menawarkan ibadah korban tahun ini.

Antara masjid yang masih mempunyai bekalan kambing korban terbanyak adalah Masjid Al-Iman, Masjid Alkaff Upper Serangoon, Masjid Kampung Siglap, Masjid Haji Mohd Salleh dan Masjid Muhajirin.

Setiap kambing berharga antara $360 dengan $380 seekor, bergantung kepada masjid dan ia merupakan harga tertinggi sejak ibadah tersebut dilakukan di Australia sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada 2020, menurut Ustaz Khairul Anwar.

Kambing tersebut akan disembelih di Australia dan dagingnya akan dibekukan sebelum diterbangkan ke Singapura dan diagihkan kepada mereka yang memilih melaksanakan ibadah tersebut (sohibul korban) serta para penerima lain.

Daging korban yang disumbangkan oleh sohibul korban akan juga dikongsi dengan penerima zakat, pekerja migran, dan kumpulan dan keluarga lain yang memerlukan.

Bakal sohibul korban boleh mengunjungi mana-mana masjid atau membuat tempahan melalui portal SalamSG Korban di (www.ourmasjid.sg/korban) sehingga 23 Jun.

Mereka yang berjaya membuat tempahan akan menerima daging yang dibeku dan dibungkus awal selepas hari-hari tasyrik, bermula 3 Julai. Hari-hari tasyrik jatuh tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha (29 Jun 2023) atau pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Selain daripada khidmat korban yang ditawarkan di luar negara melalui SalamSG Korban, terdapat juga khidmat korban yang dilakukan di Singapura oleh syarikat privet setempat.

Salah satu daripadanya adalah Aaliyah’s Pte Ltd, satu-satunya syarikat privet setempat yang mempunyai kelulusan tender untuk menjalankan operasi ibadah korban dari Muis.

Menurut pengasas Aaliyah’s Pte Ltd, Encik Rafee Eunos, sebanyak 1,380 ekor kambing telah disediakan syarikatnya untuk ibadah korban tahun ini, dengan hampir 1,150 ekor kambing sudah pun ditempah sejauh ini.

“Tujuan utama kami menyediakan khidmat korban adalah menghidupkan syiar korban di Singapura. Kami mahu membolehkan sohibul korban memilih, menempah dan memberi makan kepada kambing sebelum menyaksikan proses penyembelihan,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >