Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

83.4 peratus pelajar ambil GCE 'O' lulus lima subjek atau lebih

Jan 12, 2018 | 03:36 PM



SEBANYAK 83.4 peratus daripada 29,112 pelajar yang mengambil Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat O tahun lalu meraih kelulusan bagi lima subjek atau lebih, sebanding dengan keputusan yang diraih pada 2016.

Ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama antara Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini.

MOE dan SEAB menambah 99.9 peratus telah meraih sijil dengan kelulusan satu subjek atau lebih manakala 96.4 peratus meraih kelulusan tiga subjek atau lebih.

Berbanding dengan 2016, jumlah pelajar yang meraih kelulusan sekurang-kurangnya lima subjek ialah 84.3 peratus.

Selain pelajar sekolah, 1,570 calon privet menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu.

Sebanyak 90.8 peratus telah dianugerahkan sijil atau meraih sekurang-kurangnya kelulusan bagi satu subjek.

Ini merupakan kenaikan sedikit daripada 90.2 peratus pada 2016.

Bagi kohort pelajar Normal (Akademik) pertama yang ditawarkan subjek pada peringkat tinggi di bawah Pengumpulan Berdasar Subjek (Subject-Based Banding atau SBB) peringkat Menengah, sekitar 370 pelajar mengambil satu atau lebih subjek.

Ini termasuk subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Gabungan Sains dan Bahasa Ibunda di aliran Ekspres.

Keputusan menyeluruh pelajar dalam subjek ini adalah sebanding dengan apa yang diraih oleh teman-teman mereka di kohort peringkat 'O', kata MOE dan SEAB lagi.

Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Maktab Rendah (JC), Institut Millennia, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukan demikian menerusi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan GCE peringkat O.

Pendaftaran JAE akan dibuka mulai 3 petang hari ini hingga 4 petang pada 17 Januari nanti.

Empat maktab rendah tidak akan mengambil masuk pelajar maktab rendah tahun satu pada 2018 ekoran penggabungan empat pasang maktab rendah yang akan bergabung tahun depan.

Ini termasuk Maktab Rendah Serangoon, Maktab Rendah Tampines, Maktab Rendah Jurong dan Maktab Rendah Jurong.

Maktab rendah lain akan menambah jumlah pengambilan pelajar dalam JAE 2018.

Ini mungkin mengakibatkan kenaikan pada mata yang diperlukan (COP) bagi memasuki maktab rendah.

"Variasi COP ini tidak mencerminkan kualiti setiap maktab rendah ataupun programnya. Kami menggalak pelajar untuk memilih maktab rendah berdasarkan program khusus setiap sekolah, CCA dan budaya sekolah iaitu faktor yang boleh terus membangunkan kekuatan dan minat mereka," kata MOE dan SEAB lagi.

MOE dan SEAB juga ingin memberi jaminan kepada pelajar dan ibu bapa bahawa ada tempat yang secukupnya di maktab rendah bagi memenuhi permintaan.

Pelajar yang memerlukan bimbingan tentang pilihan pendidikan boleh juga menghubungi hotline Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) di 6831-1420.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >