Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

85 hilang $237,000 dalam kes penipuan pancingan data kononnya dari SingPost, Singtel

Nov 04, 2022 | 12:20 AM



SEKURANG-KURANGNYA 85 orang di sini mengalami kerugian kira-kira $237,000 sejak Januari 2022 setelah menjadi mangsa penipuan pancingan data yang melibatkan e-mel yang didakwa daripada Singapore Post (SingPost) dan syarikat telekomunikasi Singtel.



Ia berlaku di ketika melonjaknya kes-kes penipu yang menyamar sebagai kakitangan dari kedua-dua firma dan telah menghantar e-mel dengan domain yang tidak berkaitan, kata polis pada Khamis.  E-mel itu dibenamkan dengan pautan URL penipuan yang direka untuk mencuri maklumat peribadi mangsa.



Dalam kes penipuan e-mel  yang dikatakan daripada Singtel, mangsa diberitahu bahawa akaun mereka berhadapan masalah pengurusan bil kerana kehilangan maklumat.  Mereka diarahkan untuk tekan pada pautan terbenam untuk memperbaharui langganan mereka.



Tahun ini, para pengguna di Singapura dijangka membelanjakan $9.2 bilion dalam talian.



Polis menasihatkan orang ramai supaya elak daripada menekan pautan dalam e-mel yang tidak diminta daripada alamat e-mel dengan nama domain yang mencurigakan.



Sebaliknya, mereka harus mengesahkan kesahihan maklumat dengan laman web rasmi atau sumber rasmi lain.



Mereka juga dinasihati untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi, kad kredit dan butiran bank atau kata laluan mereka, termasuk kata laluan sekali sahaja, kepada orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >